Monday, May 16, 2016

Jangan Undi BN : Kenapa Tak Sarawak, Kenapa Disini, Sebab Melayu Bodoh Ke?

EDITOR MENULIS...
15 MEI 2016
hipokrit
Logiknya kalau diberi pilihan antara pilihanraya negeri dengan pilihanraya kecil, mana lebih besar dan layak dijadikan penanda aras rakyat menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak atau tidak?  Dah tentulah pilihanraya negeri.

Tapi hairan kenapa mantan ahli UMNO, si Mahathir ni, dia tidak ajak rakyat jangan undi BN dalam pilihanraya negeri Sarawak, sebaliknya dia ajak rakyat jangan undi BN di pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar pulak?

Padahal, kalau kalah dua-dua pilihanraya kecil itupun, majoriti BN dalam parlimen tidak tergugat. Sedangkan kalau Sarawak terlepas ke tangan pembangkang hari tu, ia adalah modal yang cukup besar untuk desak perletakan jawatan Najib dan lantik anaknya sendiri sebagai Perdana Menteri in-waiting.

Sebabnya mudah, Mahathir – seorang berdarah campuran India-Melayu, mungkin anggap kaum Melayu ini mudah diperbodohkan berbanding dengan pelbagai etnik di Sarawak nun, sebab tu dari mendesak rakyat tidak undi BN di Sarawak, Mahathir pilih untuk buat desakan sama di Sg Besar dan Kuala Kangsar sebab majoriti pengundi disitu Melayu.

Mahathir tahu, ada Melayu tidak saja undi dengan pensil dan jari tapi undi dengan emosi.

Saya yakin, Mahathir dah buat ujikaji terlebih dahulu, bukan main hentam saja. Tengok cara dia jual pembohongan pasal 1MDB cukup – konon RM 42 billion dah hilang di udara yang nipis, siapa yang paling percaya tu? Melayulah. Bila Mahathir turun nilai itu kepada RM 27 billion sebelum naik kepada RM 42 billion semula, siapa lagi yang percaya, Melayu jugak lagi.

Bukan Iban, bukan Kenyah, orang Ulu dan pelbagai suku kaum yang membentuk majoriti di Sarawak dan dianggap penyokong Pakatan sebagai ketinggalan zaman serta duduk dalam hutan!! Hutan-hutan pun bumiputera di Sarawak majoriti tengok siaran satelit satu dunia banding orang Semenanjung – apa yang syarikat TV satelit milik kroni Mahathir nak kita tengok saja.

Tapi itu cerita lain.

Yang penting, macam itu rendah Mahathir pandang orang Melayu ke? Orang Melayu kalau bersetuju dengan Mahathir, undilah pembangkang, sama-sama angguk dan mengakulah kita ni bangsa bodoh macam yang Mahathir nak? Duduk dan fikir sejenak kita ni nak kena bodoh sampai bila dengan Mahathir?

Dia bodohkan kita banyak kali dah. 1997 bila ekonomi negara jatuh dan nyaris tak bankrap, George Soros yang salah. Bertahun tahunlah kita percaya tu, alih-alih tahun 2006 bila Soros datang Malaysia jumpa dia, shake hand lebih kurang, dah Soros tak salah – jadi siapa yang sebenarnya salah?

Ni, DAP ni pun, bertahun-tahun kata DAP rasis, Kit Siang rasis, dah bila semua pasal Najib tak kena dengan dia, elok bersalam dengan kawan tu. Hipokrit, munafik digabung sekali pun masih tak jumpa bahasa apa yang sesuai menggambarkan tindak tanduk Mahathir ni.

Tak undi BN tak apa, ini negara demokrasi, tapi jangan tak undi sebab Mahathir suruh!!  

Cukup-cukuplah tu kena tipu.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment