Monday, May 16, 2016
Dari Sarawak Membawa Ke Sg Besar, Kuala Kangsar… Kemelut Pembangkang Terus Parah
KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda UMNO Wilayah, Mohd Razlan
Muhammad Rafii menjangkakan kemelut dan perbalahan di antara parti-parti
pembangkangsepertimana yang berlaku di Pilihanraya Negeri Sarawak akan
berlanjutan sehingga ke Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar dan juga
Parlimen Kuala Kangsar.
Menurut beliau, ini memandangkan semenjak pembangkang menubuhkan blok
baru dengan menyingkirkan Pas dan menggantikannya dengan parti Amanah,
persefahaman dan permuafakatan antara mereka bertambah kritikal,
seolah-olah tidak dapat diselamatkan lagi.
“Sepanjang
sejarah penggabungan parti-parti pembangkang atas nama apa sekalipun,
kita tahu mereka ini tidak pernah bersepakat dan bersatu. Sebab itu
pakatan pembangkang ini tidak dapat bertahan lama dan akhirnya berpecah.
Daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU), barisan alternatif kepada
pakatan rakyat, kemudiannya kepada pakatan harapan, semuanya menghadapi
masalah yang sama, iaitu persefahaman.
“Berdasarkan itu, saya berpandangan isu pertelagahan mereka berhubung
pengagihan kerusi ini tidak akan selesai dan berkemungkinan akan
berterusan pada PRK Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar. Pengagihan
kerusi ini bermakna pengagihan kuasa. Maka dalam soal untuk berkuasa,
saya lihat parti-parti di dalam gabungan pembangkang mempunyai agenda
peribadi tersendiri.
“Jika mereka mementingkan kepentingan nasional, maka mereka tidak
akan bertembung sesama sendiri sepertimana yang kita lihat berlaku hari
ini,” tegasnya kepada media di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, senario perebutan kuasa yang berlaku di dalam
parti-parti gabungan pembangkang ini tidak pernah berlaku di dalam BN
sepanjang parti tersebut memerintah negara semenjak merdeka lagi.
“Bukan tidak ada masalah yang berlaku di dalam BN. Sepanjang sejarah
pemerintahan BN, sudah tentu wujudnya permasalahan dalaman di antara
parti-parti. Namun masalah yang dihadapi itu diselesaikan dengan cara
yang penuh hikmah dan bijaksana, tanpa menjejaskan matlamat bersama
parti komponen di dalam BN iaitu untuk membangunkan negara supaya rakyat
boleh mengecap kehidupan yang lebih baik.
“Inilah kelebihan yang ada di dalam BN. Setiap permasalahan itu akan
diselesaikan tanpa mengorbankan prinsip asas dan matlamat perjuangan
semua parti-parti yang bergabung di dalam BN.
“Biarpun mempunyai 14 parti yang berbeza latar belakang dan kaum,
namun matlamat bersama yang dipersetujui oleh semua parti untuk
membangunkan negara menyebabkan persefahaman dan muafakat antara parti
terus kukuh. Tidak seperti pembangkang. Biarpun hanya ada tiga parti
sahaja, mereka lebih caca marba, kelam kabut berbanding 14 parti di
dalam BN. Ini bermakna kepimpinan pembangkang gagal mengurus dengan
baik,” jelasnya.
Justeru itu beliau menyeru agar rakyat membuka mata dan memilih parti
yang terbaik untuk menjalankan amanah membangunkan negara dan bukannya
parti yang hanya tahu bertelagah sesama sendiri sehingga menjejaskan
pentadbiran negeri atau negara.
“Kita pilih wakil di dalam setiap pilihanraya adalah untuk mereka
memimpin negeri atau negara ke arah yang lebih baik, lebih harmoni dan
hidup dengan penuh toleransi. Janganlah kita memilih atau mengundi
parti-parti tertentu hanya kerana emosi dan tanpa pertimbangan yang
waras.
“Berdasarkan sejarah, biarpun ada onak dan durinya sepanjang BN
memerintah negara, namun kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa BN
merupakan sebuah parti yang terbaik untuk kita berikan amanah mentadbir
negara, memandangkan sikap kepimpinan pemimpinnya yang berwawasan dan
matang,”ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment