Friday, May 20, 2016
Mereka Berdua Ini Memang Melampau...... Shafie Apdal Mungkin Selamat Dari Tindakan Disiplin UMNO… Muhyiddin-Mukhriz ‘Kes Berat’
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membayangkan Naib
Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal mungkin terlepas dari tindakan
disiplin kerana beliau ‘ tidak menyerlah bersama pembangkang’.
Namun Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah ‘ kes berat’
Malah katanya beliau secara peribadi berpandangan bekas Timbaalan
Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah itu wajar disingkirkan dari
dulu lagi.
"Dia (Shafie) tidak terlalu menyerlah sepentas bersama pembangkang.
Terdapat beberapa masalah, tetapi masih ada kelonggaran yang kita masih
boleh pertimbangkan.
"Tetapi dua orang ini (Mukhriz dan Muhyiddin) sudah bersama pembangkang,
jadi itu kita tidak boleh terima," katanya kepada wartawan ketika
ditemui di lobi bangunan Parlimen Isnin.
Tengku Adnan kata Lembaga Disiplin UMNO sudahpun menghantar keputusan
mengenai mereka kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dibuat penentuan.
"Kertas siasatan telah diberikan kepada kita (Majlis Tertinggi) dan biarlah mereka yang tentukan,"katanya.
Menurut beliau Majlis Tertinggi UMNO akan adakan mesyuarat bulanan pada hujung bulan ini.
Mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan Selamatkan
Malaysia di Stadium Malawati kelmarin yang harap BN kalah di pilihanraya
kecil Sungai Besar-Kuala Selangor,Tengku Adnan kata kini sudah jelas
bekas Perdana Menteri itu mahu ‘ bunuh BN’.
Katanya dulu sasarannya cuma Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.
"Beliau berkata jangan undi BN dalam pilihan raya kecil.Ini adalah
jelas bahawa beliau dengan parti pembangkang mahu membunuh parti
kita,"katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment