Monday, May 16, 2016
Locus Standi : Ada (Masa Nak Hentam), Takde (Masa Nak Saman)!!
EDITOR MENULIS...
15 MEI 2016
DAP sekali lagi membodohkan rakyat
apabila seorang ahli parlimennya, Tony Pua mendakwa di Mahkamah kelmarin
bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak yang kita semua sayangi, tidak ada
locus standi untuk menyamannya dalam hal berkaitan 1MDB sebab tidak
pegang jawatan dalam syarikat itu.
Oh, sekarang tidak ada locus standi, yang kau balun kawan tu atas bawah selama ni, ada locus standi?
Apa dia locus standi ni? Ada penyokong
PKR cakap dengan saya ia adalah sejenis cacing – bodoh macam itu
sekali penyokong pembangkang ni (padanlah mudah kena kencing).
Locus
standi adalah bahasa biasa digunakan dalam Mahkamah yang bermaksud
“bukan dalam kapasiti” atau “tiada kapasiti” untuk memulakan tindakan
saman.
Dalam bahasa mudah, Tony kata Najib
tidak ada kapasiti untuk menyamannya kerana Najib tidak ada
kaitan/jawatan dalam 1MDB. Ini dia cakap dalam court, tapi yang di luar
court berulang kali mengaitkan Najib dengan 1MDb tu locus standi mana
pulak dia pakai?
Yang penting, bodoh sajalah siapa yang
percaya cakap Tony selama hari ini, semuanya pasal 1MDB adalah berkaitan
dengan Najib tapi bila Najib saman, tiba-tiba Tony dakwa Najib tidak
ada hak (nak saman) kerana tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.
Nak nafikan pun tak boleh sebab bersepah
kenyataan Tony yang mengaitkan Najib (dengan 1MDB) berlambak dalam
Youtube, media sosial dan sebagainya. Bukan rahsia Tony adalah satu
dari dua pemimpin pembangkang yang ditugas khas untuk menghentam Najib
dalam isu 1MDB. Seorang lagi ialah si Rafizi.
Rupanya bila masuk court, Najib takde hak nak saman pun sebab tidak ada kaitan dengan 1MDB.
Tapi percayalah, fakta ini tidak akan
mengubah kebodohan sedia ada Tony dan penyokong pembangkang yang percaya
Najib punca semua masalah yang berlaku dalam 1MDB.
Perkara ni jelas
sangat isu politik, bukan isu wang rakyat hilang ke, banyak hutang ke
atau siapa nak bankrap kerananya, ia semata-mata politik.
Politik, macam kita semua tahu,
lebih-lebih lagi di Malaysia, tidak ada batas moral dan iman, semua pun
boleh langgar dan dianggap tidak ada apa-apa, boleh berlalu pergi begitu
saja. Yang mengaku Islam baik, yang tak Islam apatah lagi.
Berubahlah, sampai bila nak kena bodoh dengan pembangkang?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment