Friday, May 20, 2016
#PRKSgBesar : PAN Tetap Berkeras, Sungai Besar Untuk “Test Market”?
EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
Apa pun sandiwara
yang sedang dimainkan oleh PAN ketika ini terhadap PAS, seperkara yang
perlu PAS ketahui ialah PAN sedang merancang untuk menjadikan pilihan
raya kecil kali ini sebagai platform untuk mengukur sokongan ke atas
parti mesra DAP itu.
Itu antara dapatan yang saya perolehi
setelah beberapa hari meluangkan masa membuat panggilan telefon kepada beberapa rakan yang 'signifikan' dengan kawasan Parlimen Sungai Besar.
Para penyokong PAN yang sempat juga saya hubungi
berbual bersama di warung-warung, sangat bertegas untuk meletakkan calon
dari parti mereka agar bertanding satu lawan satu dengan Barisan
Nasional. Saya difahamkan, jentera PAN dari Sabak Bernam yang
dikhabarkan jauh lebih kuat dari jentera PAN Sungai Besar sudah bersiap
sedia untuk membantu pada pilihan raya kecil kali ini.
Umumnya, PAN tahu bahawa mereka akan
kalah, jadi, tidak rugi untuk mereka menggunakan peluang yang ada untuk
mengukur sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap parti itu. Namun,
kemenangan dengan majoriti tipis Barisan Nasional membuatkan PAN tetap
optimistik.
Apa relevannya untuk menidakkan peluang
PAS untuk bertanding? Tentunya PAN juga mempunyai maruah, dan demi
maruah inilah mereka bertali arus menekan PAS agar undur diri. Jika
ditakdirkan kalah kepada Barisan Nasional nanti, maka majoriti akan jadi
kayu pengukur.
PAN tentu akan mengalami malu yang
teramat, sekiranya nanti memperolehi jumlah undi yang sangat sedikit
berbanding PAS. Di mana hendak Mat Sabu dan sekutunya meletakkan muka
nanti?
Oleh yang demikian, PAS perlu
disingkirkan agar tidak meletakkan calon. Dalam senario satu sama satu,
PAN lawan BN, kalah sekalipun pasti sekurang-kurangnya mereka
memperolehi undi yang banyak apabila undi-undi pembangkang bergabung
menjadi satu.
Saya sangat yakin, bahawa keputusan
itu nanti akan menjadi asas gerak kerja PAN di Sungai Besar, bagi
menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment