Monday, May 16, 2016

Mahathir : Semua Peperangan Berasaskan Penipuan

Bak kata Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: tuduhan telah dibuat maka anda perlu membuktikan bahawa dakwaan itu tidak benar. Kini dakwaan telah dibuat bahawa tidak ada tandatangan 1.25 juta dan semua penandatangan petisyen  ‘Selamatkan Malaysia’ adalah palsu. Mahathir berbohong kepada kita.

Tidak, sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan sedemikian. Orang yang mula-mula berkata ‘semua peperangan adalah berasaskan penipuan’ adalah Sun Tzu. Mahathir hanya melakukan apa yang Sun Tzu katakan berkenaan apa yang seseorang mesti melakukan dalam peperangan: memperdaya lawan anda.

Itulah yang Mahathir sedang cuba lakukan: menipu kita untuk mempercayai bahawa dia telah memperolehi lebih daripada 1.25 juta tandatangan untuk petisyen ‘Selamatkan Malaysia’ dan bahawa 1.25 juta tandatangan akan dihantar kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi bagaimana kita perlu bertindak balas terhadap peerkara itu? Saya rasa dakwa beliau sebagai ‘pembohong, penipu’ adalah salah satu caranya.

Sebenarnya, Dr Mahathir berkata mereka telah mendapat 1.5 juta tandatangan tetapi terpaksa menolak kira-kira 250,000 memandangkan kad pengenalan penandatangan ‘tidak dapat disahkan. Ini bermakna mereka dapat mengesahkan sebanyak 1.25 juta kad pengenalan penandatangan.

Sekarang perkara ini menjadi sangat menarik. Ini bermakna Mahathir mempunyai salinan IC kira-kira 1.25 juta rakyat Malaysia yang menandatangani petisyen ‘Selamatkan Malaysia’. Dan ini juga bermakna bahawa jika pihak berkuasa perlu mengaudit 1.25 juta tandatangan maka Mahathir akan dapat menyediakankan 1.25 juta salinan IC.

Ini adalah sangat penting kerana terdapat dakwaan ‘orang dalam’ bahawa 1.25 juta tandatangan tersebut adalah palsu serta Mahathir berbohong kepada kita.  ‘Orang dalam’ mengatakan bahawa mereka mengambil satu juta atau lebih nama daripada daftar pemilih SPR, yang mana boleh dibeli.

Bak kata Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: tuduhan telah dibuat maka anda perlu membuktikan bahawa dakwaan itu tidak benar. Kini dakwaan telah dibuat bahawa tidak ada tandatangan 1.25 juta dan semua penandatangan petisyen  ‘Selamatkan Malaysia’ adalah palsu. Mahathir berbohong kepada kita.

Oleh itu, kita perlu melihat kad pengenalan 1.25 juta orang yang menurut Mahathir telah disahkan daripada jumlah asal 1.5 juta tandatangan yang mereka terima.

Satu lagi perkara yang sangat penting adalah terdapat 30 juta rakyat Malaysia dan kira-kira 15 juta atau lebih berdaftar sebagai pengundi. Tetapi hanya kira-kira satu juta rakyat Malaysia sahaja telah menandatangani petisyen ini (dengan andaian tandatangan tidak palsu) ‘Selamatkan Malaysia’.

Adakah ini bermakna 29 juta rakyat Malaysia atau lebih daripada 14 juta pengundi berdaftar tidak menyokong petisyen ‘Selamatkan Malaysia’? Maksud saya, mereka bercakap tentang apa yang dipanggil satu juta yang menandatangani petisyen itu dan menjerit bahawa ini adalah bukti bahawa semua rakyat Malaysia menyokong mereka.

Satu juta rakyat Malaysia tidak mewakili semua rakyat Malaysia walaupun mereka boleh menghasilkan satu juta kad pengenalan sebagai bukti. Bagaimana pula dengan 29 juta rakyat Malaysia yang lain atau 14 juta pengundi berdaftar yang tidak menandatangani? Adakah ini tidak membuat mereka majoriti memandangkan 29 juta atau 14 juta adalah jumlah yang jauh lebih besar daripada hanya satu juta?

Maksud saya ia adalah seperti mengatakan bahawa PAS berjaya mendapatkan satu juta tandatangan rakyat Malaysia yang menyokong Hudud dan negara Islam. Dan kerana satu juta rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen menyokong Hudud dan Negara Islam maka ia adalah kewajipan Agong untuk memerintahkan Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan untuk melaksanakan Hudud sebagai kod jenayah baru untuk Malaysia.

Anda boleh mengatakan bahawa ini tidak sah disisi undang-undang kerana hanya satu juta rakyat Malaysia menandatangani petisyen Hudud Islam Negeri dan 29 juta lebih tidak menandatangani. Nah, 29 juta yang tidak menandatangani tidak relevan. Apa yang penting ialah satu juta yang menandatangan. Dan PAS mempunyai satu juta salinan kad pengenalan untuk membuktikan bahawa satu juta menandatangani dan satu juta tandatangan tidak palsu.

Bagaimanapun, Mahathir secara rasmi telah mengumumkan kepimpinan beliau sebagai pembangkang dengan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mengundi Barisan Nasional dengan mengundi pembangkang di kedua-dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini adalah baik kerana setakat ini kepimpinan Mahathir sebagai pembangkang sangat kabur. Sekarang Mahathir secara terbuka meminta pengundi untuk mengalahkan Barisan Nasional dengan memberi undi kepada pembangkang. Sekurang-kurangnya ini menunjukkan dengan jelas bahawa ANC (Kempen Anti-Najib) adalah ahli Pakatan Harapan seperti PKR, DAP, Amanah, Bersih, Suaram, Hakam, Malaysiakini, Sarawak Report, Malaysia Chronicle, dan sebagainya.

Sama ada Barisan Nasional menang atau kalah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan lagi perkara utama. Jika Barisan Nasional menang maka ini akan membuktikan Mahathir tidak lagi relevan dan orang tidak lagi mendengar apa yang dikatakan olehnya. Jika Barisan Nasional kalah maka ia akan membuktikan Mahathir adalah pengkhianat kepada Umno.

Mungkin ia adalah baik jika Barisan Nasional kehilangan Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam pilihan raya kecil. Sudah pasti saya maksudkan ‘Barisan Nasional’ iaitu ‘Umno’. Jika Barisan Nasional kehilangan Sungai Besar dan Kuala Kangsar (kerusi Umno) maka ini akan menakutkan Umno. Umno akan sedar jika mereka tidak bersatu dan memperkukuhkan barisan mereka maka Pakatan Harapan yang diterajui kaum Cina akan mengambil alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

Beberapa pihak bimbang yang kemenangan besar Barisan Nasional baru-baru ini di Sarawak boleh membuatkan mereka leka dan terlalu yakin. Mereka merasakan bahawa “wakeup call” yang baik adalah Barisan Nasional kehilangan Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam pilihan raya kecil nanti. Ini akan menjadikan orang Melayu menyedari bahawa mereka menghadapi bahaya hilang negara kepada pembangkang yang diterajui DAP atau pembangkan yang dipimpin oleh Cina.

Bangsa dan agama sentiasa menjadi dua faktor yang menyatukan orang Melayu. Walaupun Mahathir dalam beberapa perbincangan beliau di seluruh Malaysia telah mengakui bahawa orang Melayu bersatu pada tahun 1946 dan Umno ditubuhkan kerana isu ancaman terhadap orang Melayu yang dihadapi oleh bangsa dan agama mereka – sudah tentu dalam bentuk melemahkan monarki melalui Malayan Union.

Tidak akan ada Umno hari ini jika tidak kerana hakikat bahawa 70 tahun yang lalu pada Mei 1946 orang Melayu merasakan bahawa bangsa dan agama mereka dalam ancaman. Jika orang Melayu, sekali lagi, mula berasa bahawa bangsa dan agama mereka terancam dengan kehilangan Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam pilihan raya kecil (kerana Mahathir telah meminta pengundi untuk mengalahkan Barisan Nasional) ini akan bekerja memihak kepada Umno.

Kadang-kadang anda perlu untuk kalah beberapa pertempuran untuk memenangi peperangan. Jadi mungkin Barisan Nasional akan kehilangan pertempuran di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk memenangi perang pilihan raya umum akan datang pada 2018. Ini akan menjadi salah satu cara untuk memenangi hati dan minda orang Melayu: meletakkan mereka dalam keadaan terdesak. Dan saya pasti Sun Tzu akan bersetuju dengan saya sepenuh hati.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment