Monday, May 16, 2016
Inilah Cara Wayang DAP Kononnya Tunjuk Jujur Dan Ikhlas..... DAP Pecat ADUN Teluk Datuk Salah Guna Dana... Tinggal 14 ADUN Di Selangor
DAP kini tinggal 14 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor
selepas ADUN DAP kawasan Teluk Datuk, Loh Chee Hong telah dipecat
daripada parti Sabtu.
Keputusan memecatnya dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP setelah
mendapati Chee Hong bersalah menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri
kepada kawasan pilihan rayanya.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai
berkata, keputusan itu dibuat selepas Chee Hong menjawab dakwaan
terhadapnya dalam satu pendengaran yang diadakan awal hari ini.
ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee HongKok Wai berkata jawatankuasa itu
telah mengarahkan DAP Selangor menjalankan siasatan dalaman selepas ia
menerima satu aduan bertulis pada Mac 2016 terhadap Chee Hong kerana
didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan negeri.
“Siasatan dalaman oleh jawatankuasa DAP Selangor mendapati ada asas
terhadap dakwaan itu, iaitu terdapat bukti salah laku di pihak Chee
Hong.
“Berikutan pendengaran tatatertib hari ini, di mana Chee Hong telah
diberi peluang untuk memberi penjelasan, jawatankuasa disiplin DAP telah
membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti salah laku serius oleh Chee
Hong dan telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahliannya
dalam parti berkuatkuasa serta-merta,” kata Kok Wai.
DAP sebelum ini ada 15 ADUN di Selangor.
Sementara itu Chee Hong yang dihubungi wartawan enggan mengulas kerana dakwa setakat ini belum terima notis rasmi pemecatannya.
Katanya beliau hanya mengetahui hal itu menerusi para wartawan yang menghubunginya.
Menurut wakil rakyat itu beliau hanya akan ulas selepas terima notis rasmi dari ibupejabat parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment