Tuesday, May 17, 2016
Sudahkah Nga Kor Ming Memohon Maaf Kepada Perdana Menteri dan Isteri?
EDITOR MENULIS...
17 MEI 2016
Meneliti beberapa
perincian dari kenyataan Nga Kor Ming, saya sehingga hari ini sedang
memikirkan, di manakah letaknya permohonan maaf dari ahli parlimen
Taiping itu.
Apa yang ada hanyalah rasa kesal, dengan
kembali menuduh bahawa gambar yang dimuatnaik ke laman Facebook nya itu
telah “disalah tafsir” serta “memberi maksud luar daripada konteks” oleh
pihak lain.
Apakah ini cubaan untuk memberi gambaran
bahawa beliau tidak bersalah, atau tidak berniat untuk memfitnah, tetapi
kembali menyalahkan pihak lain yang “tidak faham akan maksud status
tersebut”?
Saya sudah tentu tidak mempunyai
masalah dengan pengakuannya untuk tidak lagi menyiarkan status sama pada
masa hadapan. Itu adalah sebaik cara, sebagai salah satu syarat untuk
menyelesaikan saman tersebut.
Melalui laman sosial, saya melihat
ramai di kalangan netizen yang mahukan Nga Kor Ming melafazkan
permohonan maaf kepada Perdana Menteri, sebagai kemuncak kepada seluruh
proses penyelesaian di dalam kes ini.
Di mana pernyataan maaf dari Nga Kor Ming kepada Perdana Menteri?
Mungkin juga saya terlepas pandang,
namun ketika artikel ini ditulis, saya belum berjumpa sebarang
permohonan maaf dibuat oleh pemimpin DAP itu.
Saya tidak terkejut jika dia enggan
melafazkan permohonan maaf tersebut, kerana ego dan sombong sangat
berkait rapat dengan watak-watak didikan DAP. Sedangkan pemimpin mereka
melafazkan “SKREW Melayu” pun masih mereka pertahankan, ini kan pula
melafazkan permohonan maaf atas fitnah yang sudah jelas.
Tipikal DAP.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment