Friday, May 20, 2016

Mahathir Dari Seorang Mantan Ketua Kerajaan Kepada Ketua Pembangkang Malaysia

Tindakan Mahathir baru – baru ini yang menyeru agar BN ditumbangkan di dalam dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun bukan lagi satu kejutan setelah beberapa cubaan dan usahanya menjatuhkan Najib Razak menemui kebuntuan.

Jika diteliti dari gerakan dan tindakan pengkhinatan yang dibuat bersama beberapa bekas kaki sakau sebelum ini mereka secara bersungguh sungguh menafikan bahawa serangan berterusan terhadap UMNO dan Barisan Nasional adalah kerana ingin menukar tampuk pemerintahan dari Najib Razak dan bukannya ingin menghancurkan Barisan Nasional.

Malah beberapa mantan pemimpin UMNO yang kini bersama bersekongkol dengan gerombolan Mahathir termasuklah Si Boboi (Mukhriz) telah berulang kali mengatakan kononnya tindakan pengkhianatan ini dilakukan kerana kasih dan sayang mereka kepada parti.

Hanya orang bodoh dan bebal sahaja percaya apa sahaja yang diucapkan oleh kumpulan ini termasuklah penyokong totok keramat mereka seperti Kelab KoDet dan blogger talam dua muka ParpuSakau. Mahathir sememangnya menyedari bahawa tindakannya berkempen dalam Deklarasi Rakyat yang kononnya telah mencapai lebih satu juta tandatangan adalah langkah memperbodohkan penyokong pembangkang dan fanatik beliau sahaja.

Jika tahap kepintaran Mahathir tidak merosot dan masih boleh bertindak bijak beliau seharusnya mendapatkan tandatangan 133 ahli parlimen Barisan Nasional untuk menjatuhkan Najib Razak. Mahathir juga sememangnya beliau menyedari bahawa langkah berkenaan tidak akan menjatuhkan seorang Perdana Menteri di dalam sebuah negara demokrasi berparlimen. Tujuannya hanya satu ingin mengekalkan mood rakyat dan momentum pembangkang agar imej Barisan Nasional terus tercalar sehingga Pilihan Raya Umum ke – 14 yang akan datang.

Menyedari peluang Mukhriz di dalam UMNO semakin suram ditambah pula dengan langkah sumbangnya yang sering bergantung harap dan tidak mampu berdikari , Mahathir tidak boleh duduk diam dan mula bertindak dari misi kononnya hanya untuk menjatuhkan Najib Razak kini kepada mahu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional secara total. Segala jasa UMNO dan BN yang mengangkat beliau pada kedudukan tertinggi dan banyak berjasa pada keluarga dan kroninya dilupakan begitu sahaja. 

Kata pepatah “habis madu sepah dibuang begitu sahaja”. Ahli-ahli UMNO yang pernah mendokongnya dan mengangkatnya sebagai presiden parti benar-benar terluka dan kecewa namun berdasarkan rekod dan sejarah lampau Mahathir tidak peduli dan tidak kisah dengan itu semua, apa yang penting baginya adalah kepentingan dan matlamatnya perlu dicapai walaupun masa depan kekuatan politik Melayu dan Islam jadi taruhan.

Mahathir semakin diterima dan popular di kalangan pembangkang malah bekas anak didiknya yang juga Timbalan Presiden PKR sendiri Azmin Ali memberikan sokong penuh kepada Mahathir. Ini membuatkan Anwar tidak senang duduk. Beberapa pemimpin –pemimpin kanan pembangkang termasuk NGO dan aktivis hak asasi juga kini mengangkat Mahathir untuk memimpin Deklarasi Rakyat. Bekas Naib Presiden PAS Husam Musa yang baru dipecat juga mahu Mahathir kekal di blok pembangkang memimpin dan menjadi Jurulatih buat pembangkang sebagai persediaan menjadi kerajaan. 

Anwar Ibrahim menyedari gerakan dan tindakan Mahathir ini secara tidak langsung menghakis imej Anwar di kalangan pembangkang dan merugikan politik serta perjuangannya setelah sekian lama. Tidak mahu dirinya dan perjuangan refomasinya dilupai lantas Anwar telah mengutuskan surat dari kediaman besinya melahirkan kebimbangannya tentang niat Mahathir itu. 

Ramai di kalangan pemimpin PKR tidak ambil peduli tentang amaran Anwar itu malah mendo’ifkan kewujudan surat berkenaan sehinggalah ianya disahkan benar oleh Rafizi beberapa hari lalu. Pengaruh Mahathir nyata mengakar di sanubari pemimpin pembangkang apabila mereka secara terang-terangan menolak akan kebimbangan Anwar itu. 

Begitu hebat peranan susuk tubuh seorang Dinasor Politik seperti Mahathir yang mampu membaham dan menelan apa sahaja demi cita-cita politiknya malah sewaktu Majlis Perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim di Kolej Sultan Abdul Hamid yang dihadirinya kelmarin secara jelas beliau mahu semua parti – parti pembangkang mengetepikan perbezaan masing – masing dan dapat bersatu bersamanya untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU – 14 akan datang. Inilah seruan padu yang layak mengangkat beliau daripada seorang Mantan Ketua Kerajaan Malaysia kepada Ketua Pembangkang Malaysia. Tahniah & Syabas! 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment