Monday, May 16, 2016
Azmin Terpaksa Pujuk Pas Sampai “Kiamat” Demi Survival Politiknya Di Selangor
KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali
sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain terus berusaha berunding
dengan Pas hingga ‘kiamat’ kerana ia membabitkan nyawa politiknya
terutama jawatan Menteri Besar yang disandangnya ketika ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, YB Sulaiman Razak berkata Azmin
sedar dan tahu tanpa Pas dia mungkin tidak akan berada di kerusi itu
hari ini dan adalah penting untuknya terus berusaha sampai bila-bila
dalam usaha memastikan Pas terus berada dalam satu barisan gabungan
khsususnya dalam pakatan harapan.
“Usaha
berkenaan tidak lebih sekadar ‘agenda Azmin’ kerana Azmin tahu
kedudukan politiknya bergantung kepada sejauh mana sokongan Pas terhadap
dirinya termasuk pakatan di Selangor.
“Tambahan pula Azmin sedar dan tahu pengaruh dan kekuatan Pas itu
sendiri berbanding Amanah dan juga Dap. Parti Amanah yang hanya sekadar
pelengkap di dalam pakatan harapan tidak dapat membantu Azmin dan juga
kerajaan negeri yang ditunjangi PKR hari ini,” katanya kepada
media, di sini, hari ini.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dilapor menegaskan
pihaknya sentiasa berunding dengan Pas, termasuk untuk pilihan raya
kecil Sungai Besar.
Malah apabila ditanya sampai bila rundingan itu akan diadakan, beliau menjawab ringkas “Sampai kiamat.”
Sulaiman seterusnya percaya ‘agenda Azmin‘ tidak akan berjalan lancar
dan akan diganggu gugat oleh kalangan pimpinan PKR itu sendiri.
Katanya sehari dua ini dapat dilihat bagaimana cukup celaru antara
beliau dengan Presiden PKR, datuk Seri Wan Azizah dalam isu yang sama.
“Azmin cakap begini manakala Wan Azizah pula cakap begitu. Nampak macam ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara tersebut.
“Dalam PKR pun ada kemelutnya sebab itu Azmin tidak mempunyai pilihan
selain terus berusaha berpaut pada dahan-dahan yang mampu menyelamatkan
nyawa politiknya dalam arus yang semakin membesar baik dalam pakatan
pembangkang mahupun partinya sendiri”, ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment