Wednesday, May 18, 2016
Ini Pun Nak Bantah.... MTUC Bantah Lokasi Baharu Mahkamah Perusahaan
KUALA LUMPUR : Ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkumpul di
hadapan bangunan Parlimen pada Selasa untuk membantah penempatan baharu
Mahkamah Perusahaan.
Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditemui di luar
Parlimen berkata, anggota kongres itu hadir bagi menyerahkan memorandum
mengenai perkara itu kepada seorang wakil daripada Kementerian Sumber
Manusia.
"Kami membantah kerana lokasi yang dicadangkan adalah tidak sesuai sama sekali.
"Para pekerja terdiri daripada mereka yang berada dalam kelas rendah dan
sederhana. Tempat ini (lokasi baru), sukar untuk mendapatkan
pengangkutan awam.
"Jadi kami mencadangkan supaya ia tidak dipindahkan atau berpindah ke
bangunan Dayabumi di KL atau bangunan Bank Rakyat di Brickfields,"
katanya.
Mahkamah Perusahaan kini terletak di Jalan Mahkamah Persekutuan dan dijangka dipindahkan ke Wisma Perkeso di Jalan Tun Razak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment