Monday, May 16, 2016

Berkempen Tolak BN, Mahathir Sedang Bunuh Diri

http://ichef.bbci.co.uk/news/ws/660/amz/worldservice/live/assets/images/2016/02/29/160229121030_mahathir_640x360_reuters.jpg
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sibuk berkempen menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat cuba mengembangkan lagi serangannya apabila mula berkempen menolak Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, kita dapat melihat Mahathir begitu giat berkempen menolak pentadbiran Najib apabila sanggup bersama pembangkang untuk mendapat sokongan.... Mahathir sanggup bertebal muka untuk duduk sebaris dengan musuh-musuh yang pernah dizaliminya pada satu ketika dahulu.

Walaupun sehingga hari ini, Mahathir berkempen menolak Najib bersama pembangkang... Mahathir masih gagal menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri... Hari ini, Mahathir cuba meluaskan kempennya bersama pembangkang untuk sama-sama menolak BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), yang diadakan pada 18 Jun ini dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang..

Disebabkan Mahathir berkempen menolak BN... Macai-macai pembangkang mendakwa kempen tolak BN itu, sebagai satu tindakan Mahathir untuk membunuh BN yang menjadi parti pemerintah.

Mungkin bagi macai-macai pembangkang, tindakan Mahathir berkempen menolak BN itu merupakan satu tindakan cuba membunuh BN yang telah banyak membantu Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Tapi, macai-macai pembangkang perlu sedar... Tindakan Mahathir giat berkempen menolak BN itu bukan satu tindakan cuba membunuh BN, sebaliknya tindakan Mahathir itu sedang membunuh dirinya.

Beginilah... Mahathir cuma mampu berkempen ke sana ke mari menceritakan mengenai keburukan BN kepada semua rakyat... Mungkin orang ramai akan mempercayai kata-kata Mahathir, memandangkan Mahathir merupakan seorang bekas pemimpin BN.

Mahathir boleh bercerita keburukan BN kepada orang ramai... Tapi Mahathir perlu ingat, keburukan yang diceritakan itu merupakan keburukan di bawah kepimpinan Mahathir... Bukannya di bawah kepimpinan Najib!! Dalam masa sama, BN juga akan membuktikan bahawa BN merupakan sebuah parti yang banyak membantu rakyat khususnya di bawah kepimpinan Najib..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment