Monday, May 16, 2016
Angan-Angan Mat Sabu Makin Besar Untuk PRK
Parti Amanah Negara (Amanah) akan memastikan tidak berlaku pertembungan
calon pakatan pembangkang atau Pakatan Harapan yang turut dianggotai
Parti Keadilan Rakyat dan DAP, pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen
Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presidennya Mohamad Sabu berkata calon pakatan itu akan ditentukan dalam
mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijadual dalam tempoh
terdekat.
“Kami perlu tunggu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sesiapa sahaja boleh menjadi calon.
“Amanah akan memastikan agar tidak berlaku pertindihan calon seperti apa
yang berlaku di Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 baru-baru ini,”
katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing
berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad
Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di
Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen
Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan serentak pada
18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment