Monday, May 16, 2016
Jangan Buat Sedihlah..... "Saya Dilayan Lebih Teruk Daripada Pembangkang" - Mukhriz
KOTA KINABALU : Datuk Seri Mukhriz Mahathir kecewa dengan tindakan
segelintir individu yang melayan beliau dengan lebih teruk daripada
pembangkang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghalangnya
daripada bercakap di khalayak ramai dalam mana-mana majlis.
Bekas menteri besar Kedah itu berkata beliau sepatutnya menghadiri satu
majlis di Semporna pada Ahad dan berucap mengenai isu yang dihadapi
negara tetapi dimaklumkan pada saat akhir bahawa acara tersebut
dibatalkan.
Beliau berkata penganjur memaklumkan bahawa mereka diugut jika meneruskan acara tersebut.
"Saya kecewa dengan keputusan itu dan tertanya-tanya sana ada menghalang
saya daripada bercakap di khalayak umum walaupun secara tertutup akan
membantu memperkukuhkan atau melemahkan parti," katanya.
"Saya difahamkan bahawa pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan
dibenarkan untuk berucap tetapi tidak saya walaupun saya masih lagi
seorang pemimpin Umno bahagian," kata Mukhriz dalam satu kenyataan di
sini Ahad.
Beliau berkata tindakan itu tidak menggambarkan nilai demokrasi Umno dan
pemimpin yang menyedari insiden yang menjejaskan imej parti dan negara
tidak sepatutnya berdiam diri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment