Wednesday, May 18, 2016
Macam Satu Ugutan Nampaknya Kepada PAS..... PAS Tak Boleh Menang PRK Sg Besar, Kuala Kangsar Tanpa Undi Bukan Melayu - DAP
SHAH ALAM : Veteran DAP Lim Kit Siang memberi peringatan kepada PAS,
bahawa parti Islam itu tidak akan mampu mengulangi prestasi Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) ekoran penurunan sokongan oleh pengundi bukan
Melayu.
Justeru ujar beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah ini,
bahawa PAS boleh menang di kedua-dua pilihan raya kecil itu jika
pertandingan satu lawan satu dengan Umno adalah tidak tepat.
"Ia tidak ditunjukkan oleh statistik pilihan raya. Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang tahu hal ini dan itulah sebab kenapa beliau
katakan apa jua keputusan nanti, PAS tidak hilang apa-apa dengan
bertanding dalam kedua-dua pilihan raya.
"Benar calon PAS tewas dengan majoriti kecil 399 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.
"Sungai Besar, yang dimenangi BN dengan 49.6 peratus daripada jumlah
keseluruhan undi, adalah antara 16 kerusi paling marginal dimenangi oleh
BN pada pilihan raya umum ke-13 dengan kurang 50 peratus keluar
mengundi.
"Manakala Kuala Kangsar dimenangi dengan 50.4 peratus daripada jumlah
undi keseluruhan undi adalah antara 30 kerusi marginal BN yang dimenangi
dengan kurang 51 peratus daripada jumlah keseluruhan undi," kata Lim
dalam satu kenyataan.
Tegas beliau lagi, PAS perlu mengambil kira majoriti tipis yang
diperoleh parti itu adalah disebabkan sokongan yang diberikan atas
platform Pakatan Rakyat (PRU13) dan bukan sekadar calon-calon mereka.
Beliau juga memberi amaran PAS tidak akan mampu mengulangi prestasi
pilihan raya umum ke-13 ekoran penurunan sokongan oleh pengundi bukan
Melayu.
Berbanding sekadar bergantung kepada angka-angka pada pilihanraya umum
ke-13 dan ke-12, adalah lebih tepat jika PAS meninjau peluangnya semasa
parti itu berdiri sendiri sebagai parti pembangkang semasa 2004.
"... Pilihanraya umum 2004 mencerminkan kekuatan sebenar PAS di Sungai
Besar apabila ia mendapat 7,988 undi berbanding Umno dengan 15,337 undi -
kalah dengan majoriti besar 7,349 undi atau PAS mendapat 33.1 peratus
undi daripada jumlah keseluruhan undi," jelas Lim, sambil menambah trend
yang sama turut berlaku di Kuala Kangsar.
Calon PAS di Kuala Kangsar, ujar Lim, menghampiri kejayaan pada pilihan
raya umum ke-13 kerana beliau berdiri sebagai calon Pakatan Rakyat -
dengan 13,136 undi berbanding Umno dengan 14,218 undi, atau 46.6 peratus
daripada jumlah keseluruhan undi dalam pertandingan tiga penjuru itu.
Pada pilihan raya umum ke-12, calon PAS turut kalah dengan 1,458 undi
apabila beliau mendapat 9,277 undi berbanding calon Umno sebanyak 10,735
undi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment