Monday, May 16, 2016
Kisah Surat Anwar... Bimbang 'Leftenannya' Bertuankan Mahathir
Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang dengan 'leftenan-leftenan' beliau kini
bertuankan Tun Mahathir Mohamad dan melaksanakan agenda Mahathir
melebihi daripada agenda Anwar dan diluahkan dalam satu surat lapan muka
surat kepada pemimpin kanan PKR baru-baru ini.
'Khutbah' Anwar itu dibacakan dalam mesyuarat biro politik parti itu
baru-baru ini menjadi buah mulut dikalangan pemimpin Pakatan Harapan.
Laman facebook AMK P.Pinang' turut memuatnaik 'jus' surat tersebut yang
merupakan peringatan Anwar yang kecewa dengan penglibatan "berlebihan"
sesetengah pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat anjuran Tun Mahathir
Mohamad dan kumpulannya.
"Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang
dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai
keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat,
berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim." tulis AMK
P.Pinang.
Surat tersebut secara tidak langsung ditujukan kepada Menteri besar
Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang kini merupakan penyokong kuat Tun
Mahathir.
"Kita mesti berenang bersama jerung dan tidak dimakannya.." hujah
seorang pemimpin PKR yang mempertahankan tindakan Azmin berbaik-baik
dengan Mahathir sehingga mengecewakan Anwar.
Anwar turut memetik ayat dari drama Hamlet karangan Shakespeare...
'‘beware the serpent that stings now wears the crown’ atau 'berhati-hati
ular yang menyengat kini memakai mahkota,"
Menarik untuk diulas... petikan drama itu asalnya dialog yang didengar
Hamlet dari hantu ayahnya yang secara keseluruhan berbunyi Now, Hamlet,
hear. 'Tis given out that, sleeping in my orchard, A serpent stung me.
So the whole ear of Denmark Is by a forgèd process of my death Rankly
abused. But know, thou noble youth, The serpent that did sting thy
father's life Now wears his crown.
Terjemahan bebasnya adalah "Dengarlah, Hamlet. Semua orang diberitahu
bahawa ular beracun itu mematuk aku yang sedang tidur di kebun. Tapi
sebenarnya, itu adalah satu pembohongan yang membodohkan rakyat Denmark.
Engkau perlu tahu, anakku yang mulia, ular sebenar yang menyengat
ayahmu kini memakai mahkotanya."
Jika difahami quote tersebut, jelas Anwar menunjukkan kebimbangan beliau
kerana orang-orangnya kini bertuankan Mahathir yang pada satu ketika
merupakan musuh politik utama beliau.
Deklarasi Rakyat yang merupakan agenda kumpulan Mahathir menggesa
peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa menamakan
siapa pengganti Najib.
Anwar pada mulanya menyatakan sokongan untuk usaha untuk mendesak Najib
meletak jawatan bagaimanapun kemudiannya menggubah sikap.
Anwar berkata Deklarasi Rakyat gagal untuk menangani isu pembaharuan
institusi untuk mendesak perubahan dalam kepimpinan dan masa depan
negara perlu ditentukan oleh rakyatnya, bukan yang "kelompok elit".
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment