Friday, May 20, 2016
PKR Bakal Berpecah Kerana Mahathir
Nampaknya sejak kebelakangan ini parti-parti pembangkang di Malaysia
mula berpecah. Sebelum ini seperti diketahui umum Pas telah berpecah dan
muncul parti baru iaitu Pan. Dap juga ada masalah dalaman apabila ada
suara akar umbi mula mempertikai kredibiliti keluarga Lim. Mutakhir ini
kita dapat melihat PKR juga mula bergolak.
Ada dikalangan ahli parti PKR merasakan bahawa Azmin Ali sedang cuba
untuk ‘merampas’ PKR dari keluarga Anwar. Mudah bagi Azmin melakukannya
kerana kedudukannya sekarang adalah lebih berkuasa dari presiden
partinya sendiri. Ini adalah kerana Wan Azizah hanyalah seorang ahli
Parlimen biasa dan Azmin adalah seorang menteri besar di negeri yang
mempunyai sumber kekayaan yang besar. Lagipun tulang belakang PKR
sekarang sedang ‘berehat’ di dalam penjara, lebih memudahkan buat Azmin.
Azmin menghidu peluang yang terbuka ini dan memulakan langkah dengan
bergabung dengan ‘bos’ lamanya iaitu Mahathir Mohamad. Azmin bersungguh
membantu Mahathir dalam Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib dan
menumbangkan BN kerana dia menghidu peluangnya untuk menjadi perdana
menteri sekiranya kerajaan sedia ada tumbang pada PRU akan datang.
Dengan bergabung dengan Mahathir, Azmin percaya dia akan dapat sokongan
dari kalangan penyokong Mahathir. Dalam situasi ini Mahathir dan Azmin
sama-sama mempergunakan masing-masing dalam menjayakan agenda mereka.
Perkara ini dihidu Anwar dan amat merungsingkannya kerana ia akan
merencatkan cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri sebelum dia
mati. Bagaimanapun Anwar dalam keadaan yang lemah kerana dia berada di
dalam penjara. Anwar hanya boleh mengutus warkah dari penjara meminta
simpati dan mengingatkan ahli parti agar tidak berpakat dengan Mahathir.
Anwar tahu Mahathir amat membencinya dan cuba ‘merampas’ PKR darinya.
Dalam pada itu Azizah menyifatkan peringatan Anwar melalui surat yang
ditulisnya dari penjara mengenai perkara tersebut perlu diberi
perhatian. Dia meminta ahli parti berwaspada terhadap agenda Mahathir.
Jelas sekarang kelihatan yang Azizah sudah gagal memimpin PKR sehingga tidak dapat mengawal pergerakkan timbalannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment