Monday, May 16, 2016
Pas Sanggup Hilang Kelantan
PAS
Kelantan sanggup kehilangan negeri itu pada pilihan raya umum akan
datang dari memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (PAN) untuk
bertanding di kubu kuatnya, kata naib presiden parti, Datuk Mohd Amar
Abdullah.
“Ini adalah satu perkara yang PAS tidak boleh berkompromi dan kita
bersedia untuk kehilangan semua bukannya bekerjasama dengan
pengkhianat.”
“Saya sedar taktik halus Amanah dan mereka akan cuba untuk membuat
perjanjian dengan kami bahawa mereka akan bertanding bagi kerusi
Parlimen manakala kerusi Dewan Undangan Negeri akan ditandingi oleh PAS.
“Ini adalah sebuah parti yang akan berpuas hati sekiranya mereka
hanya menang satu kerusi di Kelantan tetapi PAS tidak akan memberi muka
kepada PAN,” kata Timbalan Pesuruhjaya Kelantan dalam ucapannya di
bahagian Pengkalan Chepa PAS baru-baru ini.
Mesyuarat tertutup tersebut telah dirasmikan oleh presiden parti
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan videonya telah dimuat naik di facebook
Mohd Amar, semalam.
Amar menyamakan Amanah sebagai perompak yang melarikan diri dengan
harta orang lain, tetapi apabila diberkas cuba untuk berunding
sebahagian daripada barang rampasan itu.
“Bagaimana kita boleh bekerja dengan orang-orang yang mengkhianati
parti? Saya hendak menyatakan dengan sangat jelas bahawa kita tidak akan
mempunyai apa-apa kaitan dengan Amanah. Bukan hari ini, esok atau
selama-lamanya,” katanya tegas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment