Friday, May 20, 2016
Nampak Sangat Hanya Jadi Balaci DAP Aje Tu..... PAN Parti Mulut Besar Tapi Habuk Pun Takde
Apa yang kita perlu tahu akan prestasi PAN – parti pimpinan Mat Sabu ini
dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas? Parti itu bertanding 13
kerusi DUN, kalah semua sekali, 12 dari 13 kerusi itu deposit hilang dan
di DUN Beting Maro, jumlah undi rosak lebih banyak dari jumlah undi
yang PAN terima.
Gelak lah dulu kalau nak.
Sarawak penting dijadikan benchmark (penanda aras) sebab itulah kali pertama PAN bertanding sejak mula ditubuhkan tahun lepas.
Mungkin ada kata itu Sarawak ini Semenanjung, beza, tapi bukan soalnya
itu, soalnya perancangan. Apa kajian yang dia buat sehingga kerusi yang
sudah pasti kalah pun masih nak masuk bertanding juga? Dia kaji
kekuatan dia macam mana? Nampak sangat perancangan lemah serba serbi
sebab itu bukan setakat kalah, tapi kalah teruk.
Bab perancangan ni, apa muka bumi pun lah, sama juga, dahlah semua calon
PAN di PRN Sarawak, memang orang Sarawak bukan orang Semenanjung.
Kalau ada orang Semenanjung tu bolehlah juga jadikan sentimen.
Orang bertanding nak menang dan kumpul sokongan. Kalau dah bertanding
kalah semua sekali, 12 dari 13 kawasan hilang deposit pulak, jangan kata
nak menang, sokongan pun takde lah tu tandanya!! Cakap besar apa lagi?
Anyway, kalau tak boleh nak kuasai Sarawak dan Sarawak, nak kuasai Malaysia macam mana? Itu asasnya.
Jadi dalam soal perebutan kerusi antara Pakatan Harapan (PAN salah satu
komponennya) dan PAS di Sg Besar dan Kuala Kangsar ini, agak lucu dengan
cakap besar PAN. Bersungguh-sungguh betul dia nak bertanding
seolah-olah masa kat Sarawak hari tu, prestasinya cemerlang kali pertama
turun gelanggang.
Seolah-olah dia memang banyak sokongan.
Walhal, semua wakil rakyat yang dia ada sekarang ini pun, ‘mencuri’ dari
PAS, lagi mau gebang besar. PAN itu sendiri tidak ada wakil yang
dipilih rakyat, rakyat undi PAS dan kemudian mereka masuk PAN, kena
betul tang itu. Silap-silap penyokong pun dulunya adalah penyokong PAS
juga, takde langsung kekuatan sendiri.
Jadi apa gila rakyat nak bagi undi kepada puak ini? Orang-orang yang
membentuk PAN ini adalah jenis tidak ada pendirian, asyik ambik punya
orang – lambang parti dia sendiri pun tibai apa yang ada kat India
katanya.
PAN ini sebetulnya tidak ada kekuatan sendiri, dia hanya pandai
mengambil dari orang lain jadikan miliknya. Sebijik macam cerita entah
siapa dulu yang ada affair dengan bini orang sampai tertangkap khawat,
ironi tak ironinya tu – kata kuncinya mengambil hak orang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment