Monday, May 16, 2016

PRK Sungai Besar : Jangan Harap PAS Akan Berkompromi

EDITOR MENULIS...
16 MEI 2016
http://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2016/05/PAS-dan-Amanah.jpg
Sempat juga saya saling berbalas mesej dengan rakan-rakan di Sungai Besar perihal pilihan raya kecil yang dijangka mungkin akan berlangsung pada bulan Ramadhan.

Rupanya wujud harapan, bahawa dengan hubungan baik yang sedang terjalin antara kepimpinan UMNO dan PAS, maka wujud segelintir pendapat yang mahukan PAS memberi laluan kepada UMNO atas kapasiti UMNO adalah penyandang.

Tidak mungkin, itu jawapan dari saya, memandangkan pergerakan sokongan yang diterima oleh Barisan Nasional pada 3 pilihanraya yang lepas. Ini hakikat yang perlu dihadam oleh jentera Barisan Nasional, bahawa kerja keras mereka diperlukan kali ini untuk memastikan P.093 Sungai Besar terus menjadi milik Barisan Nasional.

Badan Perhubungan UMNO Selangor, dan Barisan Nasional Selangor memerlukan satu strategi yang mantap, yang bukan sahaja untuk mengekalkan kemenangan yang dimiliki pada PRU yang lalu, namun “key performance indicator”nya haruslah meletakkan sasaran yang mampu diterjemahkan sebagai peningkatan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional, khususnya di Parlimen Sungai Besar.

Jumlah kemerosotan undi yang ketara tidak memungkinkan si kucing melepaskan ikan yang sedang berada di depan mata. Dengan majoriti 399, PAS sudah tentu telah mengklasifikasikan Parlimen Sungai Besar sebagai kawasan tumpuan sebaik sahaja tamat PRU 13 yang lalu.

Sejarah membuktikan, PAS pernah menang di kawasan tersebut pada 1999. Secara tradisinya, PAS tidak pernah gagal untuk meletakkan calon bertanding, bagaimana untuk berharap agar mereka memberi laluan kepada UMNO?

Kita tidak menyanggah bahawa sudah wujud kemesraan di antara pimpinan UMNO dan PAS, namun politik adalah “game of numbers”, di mana pihak-pihak yang bertanding seringkali mahu menjadi majoriti. Dalam soal dasar negara, dan isu, kedua-dua parti ini mungkin boleh saling mendukung dan bekerjasama, tetapi bukan di dalam soal pembahagian kerusi.

UMNO tidak perlu diulit dengan pengharapan dan menyandarkan nasib baik buruk parti itu kepada pihak lain. Berdirilah dengan kaki sendiri, beserta mandiri.

Dengan persekitaran politik yang berubah lanskapnya, ahli dan pimpinan UMNO perlu menyesuaikannya dengan pendekatan dan metodologi semasa tanpa mengubah dasar perjuangannya.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment