Friday, May 20, 2016
Makin Menjadi Jadi..... Pesawat EgyptAir Dari Paris Ke Kaherah Hilang Dari Radar
PETALING JAYA : Sebuah pesawat EgyptAir dari Paris menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar.
Dalam satu kenyataan menerusi Twitter pada Khamis, EgyptAir berkata
syarikat itu akan memberikan maklumat dari semasa ke semasa sekiranya
terdapat perkembangan terkini mengenai pesawat tersebut.
Menurut EgyptAir, pesawat tersebut yang berada pada kedudukan 37,000
kaki hilang kira-kira pukul 2.45 pagi, 20 minit sebelum dijadualkan
mendarat pada pukul 3.05 pagi selepas memasuki ruang udara Mesir.
Pesawat dengan nombor penerbangan MS804 itu membawa 56 penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi serta 10 anak kapal.
Juruterbang yang mengendalikan pesawat itu merekodkan 6,275 jam
pengalaman penerbangan termasuk 2,101 jam menggunakan pesawat Airbus
A320 manakala pembantu juruterbang merekodkan 2,766 jam pengalaman
penerbangan.
Menurut flightradar24.com, kedudukan pesawat yang berusia 12 tahun itu kali terakhir diketahui di atas Laut Mediterranean.
Kementerian Penerbangan Awam Mesir berkata pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan pesawat yang hilang itu.
Sumber kementerian itu memberitahu maklumat teknikal mengenai keadaan pesawat tersebut sedang dikumpul.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment