Monday, May 16, 2016

Tulenkah 'Mesra' Mukhriz Bersama Rakyat Kedah?

EDITOR MENULIS...
16 MEI 2016
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5prphFsV5sEHn6hjWAwNiQrvbvzbR7GSMNyHtSjUq9jKp83UKEyB4elcdf_3na2vNCYBG05RCV96KwP5UfzYfBd2_ixB1oKFNSIYhK-TJdyuMCn8YRpPfQWe8TEfA7yW67_M5QvumUYM/s1600/mukhriz.jpg
Sepatutnya dia mampu dan boleh memilih untuk membantu demi kepentingan negeri dan rakyat Kedah. Namun dia kelihatan seolah-olah lebih memilih untuk terus berpolitik untuk kepentingan peribadi dirinya. 

Konon dia mendakwa sayangkan negeri dan rakyat Kedah. Namun selama hampir 3 tahun diberi amanah rakyat dan peluang untuk berkuasa di negeri tersebut, rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam sendiri kurang diberi perhatian.

Malah ketika mana sebelum dia meletak jawatan Menteri Besar, rakyat di kawasan yang diwakilinya ramai yang merungut mendakwa jalan raya yang rosak tidak diperbaiki, jalan kampung tidak diturap sewajarnya, tiada pembangunan dan gagal menyediakan peluang pekerjaan di sana.

Kata rakyat yang mengundinya pada PRU ke-13, dia amat mudah ditemui, disapa, disalam dan diajak berbual ketika berkempen sebagai calon pilihan raya dulu. Namun setelah dia diangkat Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar, segalanya berubah.

'Mesra'nya dia ketika menjadi Menteri Besar hanyalah ketika mengadakan program 'mesra rakyat', sebuah program yang dirancang. Dia dirancang pegawainya untuk tinggal di sebuah rumah angkat dan bergaul bersama rakyat untuk sehari dua. Ia bagaikan sebuah program 'melancong di homestay desa' oleh seorang Menteri Besar yang tidak bermastautin di Kedah.

Apa gunanya sebuah kemesraan yang 'dirancang'? Apakah 'mesra' itu boleh ditafsirkan sebagai 'benar-benar mesra' tanpa sebarang lakonan dari seorang ahli politik yang dilahirkan di sebuah hospital di Kedah tapi membesar di ibu negara, berumah di Sri Perdana? Tulenkah 'mesra' yang dirancang itu?

Mungkin dia tidak tahu bahawa sikap bergaul mesra dengan rakyat sebegitu adalah sesuatu yang biasa bagi wakil-wakil rakyat di Kedah? Mungkin dia tidak tahu bahawa wakil rakyat di Kedah memang biasa berkain pelikat ke masjid dan singgah di rumah orang kampung, bersembang baring menyedut rokok daun sambil menikmati kepekatan kopi tumbuk kampung?

Itu perkara biasa bagi wakil-wakil rakyat di Kedah sama ada dari UMNO mahupun PAS. Namun ia dilihat sebagai perlakuan 'luar biasa' dan gambar 'berharga' perlu dirakam oleh 'pemakan dedak'nya untuk diviralkan di ruang media sosial? Itukah yang dipanggil 'mesra rakyat'?

Hakikatnya, setelah tidak menjadi Menteri Besar, dia masih lagi boleh menabur khidmat dan jasa kepada rakyat dengan membantu serta memperkukuh barisan Kerajaan BN Negeri Kedah. Dia dulu bertanding atas tiket BN untuk mewakili rakyat ketika PRU ke-13, apakah lupa pada hakikat itu?

Tapi kini selepas tidak menjadi Menteri Besar, dia lebih sibuk 'menyerang' pemimpin yang melantiknya menjadi Menteri Besar dan memperlekeh Menteri Besar yang merupakan wira sebenar yang bertanggungjawab menyatukan pejuang parti untuk merampas kembalik Kedah dari PAS.

Bangsa Melayu memang terkenal dengan sifat 'mengenang budi'. Hutang budi hingga dibawa mati. Tapi apakah dia tahu erti 'kenang budi'? Jika dia kenang budi, apakah dia akan bersikap begini terhadap Najib dan Ahmad Bashah? Atau dia memang bukan Melayu?

Dia kini sedang mengelilingi negara dan aktif 'meroyan' dengan menyerang Najib sambil menagih simpati serta sokongan. Padahal, apa yang dia jaja hanyalah fakta palsu yang terlalu rapuh, dan serangan dibuat itu hanya untuk kepentingan survival politiknya.

Siapa lagi 'mentor' yang mengajar dia kalau bukan bapanya sendiri? Jika dulu bapanya pernah biadap, memaki hamun, mencela, menghina dan berkali-kali cuba menjatuhkan Presiden parti sebelum dan selepasnya, kini perangai itu dia warisi.

Jadi tidak hairanlah jika dia bermati-matian cuba menarik turun penyandang kerusi Presiden parti.

Hendak mengaku idamkan kerusi tersebut, nanti apa pula kata orang. Bak kata pepatah Melayu, 'bapa borek anak rintik'lah jadinya..

Disediakan oleh : 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment