Friday, May 20, 2016
Nekad..... Tiada Lagi Rundingan, PAS Akan Bertanding - Hadi Awang
KUALA LUMPUR : PAS menegaskan tiada lagi rundingan dengan parti
pembangkang lain dan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang
akan datang.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang berkata parti itu telah mengenal pasti calon-calon
untuk kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.
"Rundingan telah berakhir. PAS telah membuat keputusan untuk bertanding," katanya.
Ditanya sama ada beliau telah bertemu dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali berhubung PRK itu, beliau berkata 'tidak'.
Apabila diminta mengulas sama ada PKR berpuas hati dengan hasil
rundingan tersebut beliau berkata "tanya PKR sama ada mereka berpuas
hati atau tidak".
Beliau berkata PAS akan menurunkan calon anak tempatan dengan menegaskan
parti itu pernah menang majoriti 1,000 undi sebelum ini.
PAS dikatakan berunding dengan PKR untuk mengelak berlaku pertembungan
tiga penjuru dengan Barisan Nasional di dua pilihan raya kecil itu yang
berlangsung serentak pada 18 Jun ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment