Monday, May 16, 2016
Dato Jamal Cabar ADUN DAP Sekinchan Bertanding PRK Sungai Besar
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato' Jamal Md Yunos mencabar Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim untuk
bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan parlimen itu.
Beliau juga akan mengusulkan namanya sebagai calon kepada pucuk pimpinan
parti bagi mencabar wakil rakyat DAP itu jika benar akan bertanding.
“Beliau (Suee Lim) adalah calon ‘favourite’. Jadi, biarlah pertandingan ini antara ‘musuh ketat'.
"Siapa yang lebih diterima oleh masyarakat di sini kerana beliau mengatakan beliau hebat.
“Oleh itu, saya cabar YB Ng Suee Lim bertanding atas tiket DAP Parlimen
Sungai Besar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan
bersama pimpinan Wanita UMNO Bahagian di sini hari ini.
Majlis pertemuan itu dihadiri Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri
Annuar Musa.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian
penyandang yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau,
Khamis lalu.
Turut nahas dalam tragedi itu suami dan pengawal peribadi Noriah, Asmuni
Abdullah dan Ahmad Sobri Harun, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai.
Pilihan Raya Kecil juga bakal diadakan bagi Parlimen Kuala Kangsar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment