Monday, May 16, 2016

'NO PORK' Di Pulau Pinang Perlu Diharamkan

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/05/Shariful-Azhar-Othman-no-pork.jpg
Sekiranya pengunjung atau pelancong Islam yang datang ke Pulau Pinang, mereka pasti berasa was-was untuk menjamu selera di sekitar negeri itu memandangkan kedai-kedai di negeri itu kebanyakannya di miliki oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Bagi pemilik kedai makan bukan Islam di Pulau Pinang... Mereka akan mempamerkan 'sticker' "NO PORK" di hadapan pintu masuk, bagi menarik pelanggan beragama Islam untuk menjamu selera di kedai mereka.

Namun begitu, istilah penggunaan "NO PORK" itu dilihat tidak sesuai memandangkan ia masih menimbulkan rasa was-was, dan masih menunjukkan kedai terbabit tidak menyediakan makanan yang 'halal'.

Memang tidak dinafikan penggunaan "NO PORK" menunjukkan kedai tersebut tidak menyediakan hidangan makanan binatang 'najis berat' itu... Tetapi, dari penggunaan bahan masakan yang digunakan juga perlulah mendapat pengiktirafan halal atau dari sumber yang halal.

Sebagai contoh, kedai tersebut perlu menyediakan ayam atau daging yang disembelih mengikut syariat Islam... Bukannya menggunakan ayam yang dicucuk lehernya atau diketuk sehingga mati.

Selain itu, kedai yang mempamerkan sticker "NO PORK" ini selalunya hanya tidak menghidangkan makanan binatang tersebut... Tetapi kedai terbabit masih menggunakan barang yang haram seperti alkohol dan wain dalam masakan.

Bila kedai terbabit menggunakan alkohol dan wain dalam masakan... Ianya jelas, kedai terbabit menjual dan menjamu pelanggan yang beragama Islam dengan makanan HARAM dan ditegah oleh Islam.

Oleh demikian, penggunaan "NO PORK" bagi kedai-kedai makan di Pulau Pinang memang tidak relevan dan perlu diharamkan.... Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang perlu memainkan peranan dengan mengharamkan penggunaan ini bagi menjaga sensitiviti umat Islam.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment