Friday, May 20, 2016

Yang DiPertuan Agong Kena Tahanan Rumah, Mahathir Sudah Hilang Akal !!!

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Mahathir-Mohamadrules.jpg
Tiada kata-kata yang lebih sesuai harus dilemparkan kepada Mantan Perdana Menteri melainkan biadap dan hilang akal. Sebagai seorang mantan ketua kerajaan, Mahathir seharusnya tahu dan sedia maklum bahawa YDPA bukannya pengetua sekolah yang boleh berjumpa sesuka hati dan pada bila – bila masa mengikut kehendaknya. Adakah Mahathir perasan dengan merasakan peranannya sebagai Ketua Pembangkang yang baru beliau layak menuntut apa saja tanpa mengikuti protokol dan prosedur tertentu.

Menurut sebuat portal pro pembangkang, Mahathir berkata sedemikian semasa di dalam satu program yang diadakan di Subang Jaya semalam. Tindakannya menuduh YDPA dikenakan tahanan rumah merupakan satu penghinaan yang besar kepada Institutsi YDPA dan juga satu fitnah yang dahsyat pada kerajaan. 

Mahathir sememangnya tidak menghormati institutsi DiRaja sejak pindaan Perlembagaan 1983 Perkara 66 (4A) Perlembagaan yang dibuat oleh Parlimen yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat kerajaan dan kesinambungannya adalah pada penderhakaan pada krisis perlembagaan 1993 tetapi itu semua sudah jadi sejarah tetapi Raja – Raja Melayu tidak pernah lupa tentang perkana ini sehinggalah Sultan Ibrahim membangkitkan peranan institusi Beraja semasa Persidangan Speaker-Speaker Parlimen & Dewan Undangan Negeri minggu lalu.

Mahathir sudah tidak peduli mengenai adab dan kesopanan Melayu apabila membuat tuduhan seperti itu. YDPA bukan sahaja sebagai tonggak Negara malah baginda seorang Sultan yang datang dari negeri kelahiran beliau sendiri. 

Tetapi apakan daya itulah watak Mahathir yang sebenar, beliau akan mempergunakan dan menyerang sesiapa sahaja yang menghalang kehendak dan kemahuaannya. Kata orang – orang tua kalau sudah tidak boleh menjadi garam jangan pula hendak menjadi langau merosakan apa yang dihingapi olehnya.

Pihak polis seharusnya bertindak terhadap Mahathir dan menyiasatnya dibawah Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran kepadanya dan yang lain agar tidak bercakap sesuka hati dengan menggunakan kedudukannya sebagai Mantan Perdana Menteri. 

Mahathir sepatutnya perlu lebih meluangkan masanya dengan beramal membuat bekalan akhirat sebagai persediaan mengadap Rabbul Jalil dan bukan membuat fitnah dan tohmahan jahat pada usia senja ini. Bertaubatlah Mahathir sebelum terlambat!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment