Wednesday, May 18, 2016
Mesej Yang Berguna Yang Perlu Kita Baca..... Ucapan Oleh Abdul Rahman Abdul Kadir
Ketika menghadiri Forum Majlis Keselamatan Jalan Raya di Kolej Komuniti
Bukit Beruang minggu lepas, ada soalan menarik dari salah seorang
pelajar.
Beliau bertanya kepada PDRM tentang berapakah jumlah kutipan saman
selama ini dan ke manakah duit2 itu digunakan. Soalan beliau telah
mendapat tepukan gemuruh dari para pelajar kolej. Mereka suka pada
bahagian ke manakah duit itu digunakan.
Rakan saya dari PDRM dan JPJ telah menjawab soalan2 tersebut. Kutipan
saman adalah bernilai jutaan ringgit dan diserahkan kepada kerajaan.
PDRM dan agensi penguatkuasaan lain tidak memperolehi sebarang komisyen
kerana mengutip saman. Kerajaan menggunakan hasil kutipannya utk rakyat.
Pada hemat saya jawapan itu sudah memadai namun dari gaya audiens yang
bising, saya andaikan mereka tidak berpuas hati.
Lalu saya pun menjawab ketika sesi soal jawab saya sungguhpun tidak diminta menjawab. Panjang juga saya jawab ttp ringkasnya...
Saya katakan bahawa saman ini adalah sebagai pengajaran agar kita
mematuhi undang2. Undang2 perlu utk memastikan kehidupan kita tidak
menjadi anarki. Saya beri contoh, jika lampu isyarat tidak dipatuhi
saja, bayangkan berapa banyak kemalangan yang berlaku.
Keduanya, saya lontarkan persoalan semula kepada mereka, di manakah mereka fikir kerajaan membelanjakan wang tersebut.
Lalu mereka menjawab beramai2, "kepada kami pelajar..." dengan suara dan raut wajah boring dengan jawapan klise.
Saya katakan salah. Lalu perhatian mereka tertumpu dan mereka fokus.
Saya katakan yang paling banyak menggunakan wang adalah kami di sektor
kesihatan. Negara kita adalah merupakan negara yang mempunyai khidmat
kesihatan termurah di dunia. Hanya dengan nilai RM 1, rakyat boleh
berjumpa dengan doktor pakar hensem macam saya, diberi pemeriksaan,
jalani ujian darah, X-ray malah CT scan dan juga dibekalkan ubat2
berkualiti sebeban.
Di sinilah wang anda mengalir adik2. Mungkin adik2 bukan pengguna
khidmat ini sekarang tapi di hari2 akan datang pasti digunakan juga
khidmat ini. Dengan menyumbang wang pada kerajaan, adik2 sebenarnya
menyumbangkan wang bagi kebajikan rakyat. Bukankah ini dikira sebagau
pahala seandai betul niatnya.
Adik2 tersebut golongan yang bijak pandai. Kelihatan mereka senyap
berfikir. InsyaAllah sampai mesejnya kepada mereka. Semoga mereka
menjadi generasi yang mensyukuri nikmat Tuhan yang telah diberikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment