Friday, May 20, 2016
Panassss Ni !!!! Dakwaan 'Minta Perempuan' : ADUN DAP Mahu Rafizi Lapor SPRM
PETALING JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mahu Setiausaha
Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat aduan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan bahawa
wang dan seks digunakan dalam urusan kerajaan negeri Selangor.
"Dia sekurang-kurangnya perlu membuat laporan kepada SPRM.
"Ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada parti dalam jangka masa
pendek, kita tidak boleh menutup rasuah," kata Adun Bukit Gasing Rajiv
Rishyakaran dalam posting di Facebooknya, Khamis.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, dikatakan membuat dakwaan melalui
mesej WhatsApp bahawa PKR yang diterajui kerajaan negeri Selangor telah
menggunakan wang dan seks dalam urusan pentadbirannya.
Rafizi mendakwa beliau menerima aduan daripada 'orang bona fide'
berhubung 'permintaan mendapatkan perempuan' yang dibuat apabila
berurusan dengan kerajaan negeri di mana Timbalan Presiden PKR Datuk
Seri Azmin Ali adalah menteri besarnya.
Rafizi berkata ada 'orang' yang datang kepadanya dengan aduan itu dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.
“Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide bahawa
selain wang, sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila
berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/i
tahu apa yang saya maksudkan).
“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik. Selama ini tidak
pernah sekalipun saya pergi ke SUK sejak sdr. Azmin jadi MB untuk minta
atau bincang sesuatu,” Rafizi didakwa berkata demikian dalam kumpulan
perbualan WhatsApp 'Solidarity For Anwar'.
Pihak media cuba untuk menghubungi Rafizi bagi mendapatkan komen berhubung perkara ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment