Monday, March 28, 2016

Apa Sudah Jadi Sistem Keselamatan..... Menara Kediaman Di UAE Terbakar

DUBAI : Sebuah menara kediaman di Ajman di Emiriah Arab Bersatu (UAE) terbakar pada lewat malam Isnin.

Insiden berkenaan merupakan kes kebakaran terbaru melibatkan bangunan tinggi di negara itu.

Akhbar tempatan Khaleej Times melaporkan bahawa penghuni kediaman dipindahkan dan pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.
Sekurang-kurangnya empat kebakaran berlaku membabitkan bangunan tinggi di UAE dalam tempoh tiga tahun.

Kes tersebut merupakan kebakaran berlaku di sebuah hotel di Dubai pada malam tahun baharu yang lepas, kebakaran di bangunan kediaman 79 tingkat di Dubai pada Februari tahun lalu dan sebahagian bangunan kediaman 34 tingkat musnah pada November 2012.

Kumpulan pakar berkata, terdapat beberapa kes yang menyebabkan api marak kerana penggunaan sejenis lapisan di luar bangunaan untuk hiasan atau penebat, yang mudah terbakar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Bangang Tak Habis-Habis !!! Jangan Heret Institusi DiRaja – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari ini mengkritik pemimpin-pemimpin yang hadir ke Kongres Rakyat yang diadakan di Shah Alam semalam kerana didakwa cuba mengheret institusi Diraja ke dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ianya berikutan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan membentangkan satu juta tandatangan menerusi Deklarasi Rakyat ke istana untuk mendesak peletakan jawatan Najib.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan kumpulan Selamatkan Malaysia ini telah ‘kehabisan idea’ untuk mendesak Najib melepaskan jawatan.

“Usaha-usaha mereka sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan adalah sia-sia, jadi sekarang mereka mahu melibatkan institusi Diraja untuk mencapai matlamat mereka.

“Saya menggesa 3M (Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir) ini untuk menghentikan cubaan mengheret institusi Diraja ke dalam rancangan jahat mereka.

“Saya juga menggesa mereka untuk menghentikan kerjasama tidak masuk akal dengan pembangkang yang mempergunakan mereka,”katanya, lapor media.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa agar Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti tersebut kerana telah bersekongkol dengan pembangkang. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Guan Eng Lari Lagi... Enggan Bertemu Media

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi 'melarikan diri' dan menimbulkan rasa berang wartawan yang menunggu untuk mendapatkan penjelasannya berhubung pembelian sebuah rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah Taman Manggis.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu diasak wartawan ketika beliau cuba keluar dari Dewan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berjalan laju menuju ke keretanya dan memberi alasan ada temujanji lain di luar.

"Saya ada temujanji, sila beri laluan kepada saya," katanya sambil menuju ke keretanya dan terus beredar dari Parlimen.

Selain isu banglo mewah dan Taman Manggis, wartawan juga ingin mendapatkan maklum balas pemimpin itu mengenai ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San yang diisytihar keluar parti dan diumumkan sebagai wakil rakyat Bebas berkuat kuasa hari ini.

Ketua Menteri itu pada minggu lepas telah ingkar arahan Speaker Dewan agar tidak menganggu perbahasan sidang Parlimen.

Ahli Parlimen Bagai itu dilihat cuba menganggu Dewan selama satu jam ketika perbahasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, yang mahu mendedahkan tentang skandal Kerajaan Negeri P.Pinang mengenai penyelewengan Taman Manggis.

Sejurus Guan Eng dihalau keluar dari Dewan, Rahman mendedahkan bahawa perbuatan menganggu perbahasan itu sengaja dilakukan pemimpin DAP itu agar boleh 'terlepas' daripada menjawab pendedahan mengenai Taman Manggis.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mahathir Tuduh Najib Buat Haji Guna Duit Haram

http://durianasean.com/wp-content/uploads/2015/09/najib-mahathir3.jpg
Dasar mulut longkang!! Slumber je Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kata yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pergi mengerjakan haji guna duit haram! Lepas tu Mahathir sifatkan haji yang dikerjakan oleh Najib adalah haram dan tidak sah. 

Eiiiiiiii… Dasar orang tua tak sedar diri! Suka-suka hati dia ja jatuh hukum macam tu, mana dia tahu Najib guna duit haram?? Bukan Najib sahaja yang dituduh Mahathir menggunakan duit haram untuk menunaikan haji, malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga turut menerima tempias.

Semuanya gara-gara Khairy dan Ketua Pemuda Umno bahagian seluruh negara yang turut menerima tajaan sejumlah RM1.4 juta untuk mengerjakan ibadah umrah. Maknanya, Mahathir tuduh umrah yang dikerjakan mereka semua tu haram hanya disebab mereka menerima tajaan. Kira macam Mahathir tuduh Najib guna wang dana RM2.6 bilion untuk kegunaan semua tu la?

“Dapat duit derma baguslah (RM2.6 bilion), tapi biar kita dapat secara halal. Tapi (tak boleh), kalau kita dapat duit tu dengan cara kita mencuri dan kita guna duit tu buat kerja haji. Ramai juga yang buat duit tu pergi buat haji kan?. Dua ratus orang Khairy (taja) pergi buat kerja haji.

“Duit banyak ni datang daripada mana? Buat kerja haji ni mesti dengan duit yang halal dengan duit yang kita kumpul, hasil perniagaan. Duit itulah yang kita guna untuk buat kerja haji. Saya khuatir kalau duit itu tak halal, umrah itu halalkah? Jadi perkara seperti ini yang berlaku dalam negara kita tak pernah berlaku dulu, tapi sekarang ini berlaku,”katanya.

Entah dari mana Mahathir dapat idea ini untuk meracun pemikiran rakyat bagi menampakkan Najib sebagai seorang yang teruk. Kalau iye pun terdesak sangat nak cari jalan mudah untuk menggulingkan perdana menteri, setidaknya cari la idea yang bijak sikit. Ini pakai main rasa-rasa ja, budak tadika kemas pun boleh rasa!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Hidup Guan Eng Dihambat 'Mimpi Ngeri' Skandal Tidak Kesudahan...

EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/12/lim-guan-eng.jpg
Sudah bermacam-macam jenis 'kungfu' yang 'dikuntaukan' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menepis skandal banglo mewahnya yang dibeli dari seorang ahli perniagaan dengan harga yang murah.

'Khalifah Umar Abdul Aziz' itu seboleh-bolehnya mahu menutup mulut semua pihak yang kecoh memperkatakan tentang skandalnya itu. Namun apakan daya, 'rahsia' yang cuba ditutup rapat sejak kira-kira 4 tahun lalu berjaya juga dihidu 'bangkai'nya.

Dia panggil media melawat banglonya. Tapi skandal itu tetap berjalan dan persepsi buruk tetap memburunya. Guan Eng cuba pula beri alasan dia bukan 'akauntan' dan tidak tahu harga pasaran banglo mewah itu. Riuh rendah orang ramai mentertawakan alasan bodoh itu.

Dikatakan pula banglo mewahnya itu hanyalah banglo biasa yang tiada kolam renang dan tidak mahal harganya. Lebih teruk dia diketawakan, bagai peserta Maharaja Lawak Mega pula Guan Eng diperlakukan dari hari ke hari.

Mungkin kini hidup Guan Eng sedang dibayangi 'mimpi ngeri'. Minta tolong pada Lim Kit Siang, 'aura tua' bapanya itu juga tidak dapat melindunginya dari skandal tersebut. Malah dia sebut nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun tiada siapa yang kasihan padanya.

Pada pandangan saya, masa depan Guan Eng sedang menuju kehancuran. Bekas banduan yang diangkat menjadi Ketua Menteri jelas menunjukkan segala yang dikatakan selama ini tentang ketelusan dan integriti hanyalah 'sampah' belaka.

Saya enggan menuding jari kepada Guan Eng buat masa ini kerana dia belum dibuktikan bersalah dalam skandal ini. Skandal banglo mewah Guan Eng sedang disiasat SPRM dan biarlah pihak berkuasa itu menjalankan tugas mereka.

Cuma, apa yang saya ingin tegaskan di sini bahawa skandal Guan Eng ini adalah jauh lebih teruk dan 'bocor bolos' jika dibandingkan dengan kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan sengaja 'dianiaya' beli rumah tidak siap dulu.

Sekiranya Dr Khir dipenjara selama 1 tahun, setidak-tidaknya Guan Eng perlu dipastikan merengkok di penjara lebih dari 3 tahun jika didapati bersalah nanti. Semuanya terletak atas siasatan SPRM. 

Kinilah masanya SPRM dinilai 'kebersihan', 'ketelusan' dan 'tanggungjawab'nya.

Jika SPRM berjaya menyiasat skandal Guan Eng itu dan membuktikan wujud unsur rasuah yang berjaya dilihat ramai pihak, maka benarlah mereka 'buat kerja'. Tapi kalau ia sering 'ditangguh' bertahun-tahun, dan akhirnya 'tiada kesalahan' Guan Eng, maka tahulah kita siapa SPRM yang sebenarnya...

Saya mendoakan agar SPRM bertugas dan menjalankan tanggunjawab dengan baik. Kata pegawai kanan SPRM, agensi mereka 'ada Allah'. Jika benar bagai dikata, maka buatlah kerja sebaik mungkin kerana kami rakyat Malaysia dan Pulau Pinang pun 'ada Allah' juga!!!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Jika Betul Berani, Mukhriz Perlu Buang Baju UMNO Dan Keluar Parti

EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
Di Shah Alam Convention centre telah berlangsung "Kongres Mahathir - Kit Siang" yang menyaksikan kumpulan 'pemberontak UMNO', sekali lagi bersekongkol berkongsi ideologi 'syok sendiri' sesama mereka dan 'menambah pahala' Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Mereka adakan himpunan tertutup di dalam dewan, menjemput lebih kurang 1,200 orang yang umumnya tahu setiap hari menghentam Najib dengan pelbagai tohmahan dan fakta tidak benar, dan menamakan ia sebagai Kongres 'Rakyat'. Macamlah mereka 1,200 orang saja rakyat Malaysia ini?

Tohmahan yang sama diulang-ulang, cuma diselang-seli dengan lawak jenaka yang mengembirkan hati mereka sahaja, mungkin itu saja isi kandungan kongres berkenaan. Yang betulnya cuma 'assalamualaikum dan salam sejahtera' manakala isi yang lain semuanya auta belaka.

Saya dapat menjangkakan kehadiran orang UMNO di program tersebut. Antara yang hadir dan mengutuk Najib ialah Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yasin yang sebelum ini kononnya berikrar mahu membantu Presiden dan memelihara nama baik parti.

Seorang lagi ialah anak kesayangan Tun Mahathir Mohamad, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. 

Seperti Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz menghentam Najib seperti mereka menyerang pembangkang. Tiada sedikit pun rasa kesal atau bersalah pada riak wajah mereka.

Muhyiddin mahu Najib meletak jawatan seperti Pak Lah. Tersenyum ketika menyuarakan kehendaknya itu, dia kononnya hanya mahu Najib jatuh dan digantikan dengan orang lain. Macamlah orang tak tahu tradisinya, jika Najib meletak jawatan maka Timbalan Presiden UMNO akan ambil alih jawatan Perdana Menteri.

Patutnya, Muhyiddin bercakap terus terang di majlis itu. Katakan pada hadirin bahawa dia mahu menjadi Perdana Menteri selama sepenggal selepas Najib letak jawatan, sebelum jawatan itu diserahkan kepada Mukhriz. Bukankah mudah begitu?

Selalunya, mereka yang tiada kepentingan akan keluar dari parti bila menyedari diri mereka hilang kepercayaan pada Presiden. Sebagai contoh, Mat Sabu dan konco-konconya. Mereka tidak yakin lagi pada Dato' Seri Abdul Hadi dan mereka keluar parti, lalu menubuhkan parti sendiri.

Kenapa Muhyiddin dan Mukhriz tidak meletak jawatan? Mengapa mereka tidak berterus terang bahawa ia adalah merupakan strategi mereka untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Sekiranya Muhyiddin naik menjadi Perdana Menteri, dia akan melantik Mukhriz sebagai senator dan kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Maka sempatlah dia 'merasa' jadi Perdana Menteri sekejap.

Mengapa Mahathir keluar parti? Itu adalah demi menunjukkan kesungguhannya mahu menggulingkan Najib, tapi bukan untuk dirinya. Dia mahu jatuhkan Najib demi masa depan anaknya Mukhriz.

Selepas Muhyiddin naik jadi Perdana Menteri, maka Mukhriz akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Maka selepas itu Mukhriz akan jadi Perdana Menteri ekoran umur Muhyiddin yang sudah hampir 80 tahun, atau akan digulingkan jika enggan memberi laluan kepada Mukhriz.

Banyak 'rahsia' Muhyiddin yang Mahathir tahu sama ada di Johor mahupun semasa menjadi menteri kabinet. Jika enggan dengar kata, maka nasib Muhyiddin mungkin bakal menjadi seperti Pak Lah dan Najib.

Mungkin benar, Mahathir tidak akan tutup mata dengan tenang selagi anaknya tidak menjadi Perdana Menteri. Mungkin kerana itulah Mahathir tetap berusaha menggulingkan Najib dan sanggup berdiri lebih satu jam untuk tujuan itu. Semuanya dilakukan demi Mukhriz.

Namun, apakah Mahathir jamin Mukhriz boleh jadi Perdana Menteri yang baik? Mahathir sudah banyak kali tersalah pilih, apakah Mukhriz pilihan yang tepat? Ketika menjadi Timbalan Menteri dulu, ramai yang merungut Mukhriz tidak tahu buat kerja dan tidak membantu.

Ketika menjadi Menteri Besar Kedah atas ehsan Najib sebelum ini, dia hanya popular berselfie sedangkan hampir tiada satu mercu tanda pun dari hasil tangannya. Jika ada sekalipun, itu semua datang dari Kerajaan Pusat dan bukan dari Mukhriz sendiri.

Mahathir mungkin sedar dan tahu bahawa Mukhriz juga seorang yang gagal dalam politik. Sama ada di peringkat UMNO Bahagian mahupun di Pusat, Mukhriz hanya gah pada hujung namanya 'Mahathir' sahaja. Jika 'Mahathir' tiada nanti, tiada siapa mahu pandang...

Mahathir dan Mukhriz perlu sedar diri sendiri. Jika berprinsip, Mukhriz perlu keluar dari UMNO dan jadi Adun Bebas di Ayer Hitam. Cara itu barulah betul dan beretika. Jika tidak, maka kekallah dalam UMNO dan tunggu saja pemilihan agung UMNO nanti...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Ini Luahan Sedih Pengantin Perempuan - Saya Hanya Pertahankan Keluarga

http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2016/03/PENJELASAN-KELUARGA-PENGANTIN-PEREMPUAN-PUNCA-PERGADUHAN-TERCETUS-BUKAN-HANYA-KERANA-DUIT-HANTARAN.jpg
Pergaduhan melibatkan kedua-dua keluarga pengantin yang tersebar dan menjadi viral di media sosial kelmarin dikatakan berpunca adalah semata-mata untuk mempertahankan keluarga.

Menurut pengantin perempuan, Nurul Hasnani Yazit, 21, berkata, keluarganya hanya bertindak daripada diserang oleh keluarga pengantin lelaki.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkara itu me­nimpa keluarganya apatah lagi video bertumbuk antara bakal suami dan keluarga yang berdurasi tiga minit mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

“Terus terang saya sedih dengan apa yang berlaku, kawan-kawan juga ada bertanyakan kepada saya tentang kejadian itu kerana ia sudah tersebar. “Saya tidak mahu cakap me­ngenainya dan rasa kami tidak akan berhubung semula lepas ni,” katanya ketika kepada media di rumah­nya di PPR Kampung Limau, Pantai Dalam KL. 

Dia mengulas tentang pergaduhan yang berlaku melibatkan keluarganya di Masjid Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dia yang mesra dipanggil ‘Nani’ memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik dan ketika ditemui, raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan hasrat sepasang bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan musnah didakwa gara-gara wang hantaran tidak cukup sehingga menimbulkan salah faham dan mencetuskan pergaduhan antara kedua belah keluarga.

Bakal pengantin lelaki yang be­kerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan gagal menyediakan wang hantaran RM15,000 seperti yang dijanjikan dan dipersetujui semasa sesi merisik pada Januari lalu.

Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa keluarga kepada pihak perempuan dengan nama ‘Wanie Azwani’ turut memuat naik penjelasan daripada imam masjid berkenaan menerusi statusnya di laman Facebook.

Memetik kenyataan itu, punca pergaduhan dikatakan bukan disebabkan wang hantaran tidak cukup tetapi isu perjanjian yang gagal ditunaikan, selain pihak lelaki didakwa bercakap secara kurang sopan apabila ditanya mengenai baki wang hantaran tersebut.

Dalam pada itu, bapa Nurul Hasnani, Yazit Hasshim, 48, ketika ditemui berkata, dia enggan me­ngulas lanjut mengenai kes tersebut dan me­nyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa, orang boleh bercakap apa saja tetapi biarlah kebenaran yang menentukan. Berdiam bukan bermakna saya salah atau mengalah.

“Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ini, apa pun saya hanya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu saudara pihak lelaki yang enggan dikenali berkata, dia tidak me­nyangka pemberian wang hantaran dijadikan isu sehingga pernikahan anak saudaranya terbatal. 

“Saya mengenali Nurul Hasnani, dia pernah datang ke rumah sebelum ini. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi kerana hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam keluarga kami. “Perkara sebegini seharusnya diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan emosi,” ujarnya.

Sementara itu, bakal pengantin lelaki masih gagal dihubungi kerana menurut ibu saudaranya itu, tele­fon bimbit milik anak saudaranya rosak akibat pergaduhan tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Banglo Mewah : DAP Salahkan Media

Beginilah sikap pemimpin-pemimpin DAP... Asyik nak menyalahkan orang saja... Tak pernah nak mengaku yang diri dah buat salah... Ego tinggi betul pemimpin parti Cina kiasu ni.

Guan Eng sebelum ini pernah ditanya oleh para media, adakah Guan Eng tahu rumah yang dibeli itu sebenarnya bernilai RM6.5 juta dan Guan Eng sendiri mengaku bahawa dirinya tidak tahu.

Lepas tu, tambah Guan Eng lagi... Beliau tak tahu harga sebenar rumah banglo yang dibeli kerana beliau merupakan seorang Ketua Menteri, dan bukannya seorang ejen hartanah.

Bila Guan Eng dah cakap macam tu... Pengamal media pun menyiarkan artikel seperti yang dikatakan Guan Eng tanpa 'spin' walaupun sedikit.... Tapi pemimpin DAP menuduh pengamal media sengaja menyiarkan artikel yang mengelirukan rakyat.

"Saya mahu membetulkan fakta yang telah menyebabkan Ketua Menteri menjadi lebih popular daripada Perdana Menteri. Ramai orang mendakwa Guan Eng tidak tahu nilai sebenar banglo yang dibelinya.

"Sebenarnya pemberita itu bertanya pada Guan Eng, samada beliau tahu rumah itu bernilai RM6.5 juta dan Guan Eng jawab tidak. Beliau hanya menjawab tidak pada nilai RM6.5juta itu, bukan nilai banglo itu.

"Walaupun isi kandungan majalah itu betul, tajuknya mengelirukan dan jelas bermotif politik dengan tujuan untuk memberi gambaran yang salah mengenai Guan Eng," kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Guan Eng Mengaku Tahu Harga Sebenar Rumah??

http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2016/03/Guan-Eng.jpg
"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu nilai rumah saya, walaupun saya menandatangani Perjanjian Jual Beli dan membayar duti setem," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kuat wayang betul laa Setiausaha Agung DAP seorang ni... Dia sendiri yang mengaku tak tahu mengenai harga sebenar rumah yang dibelinya di Jalan Pinhorn... Pastu nak tuduh kata Barisan Nasional (BN) putar belit kenyataannya.

Kalau betul laa Guan Eng tahu mengenai harga sebenar rumah terbabit, mengaku sajalah... Dah laa tak mau mengaku, pastu boleh duk putar belit sana sini... Yang paling 'win' Guan Eng punya putar belit, rumah dibeli dengan harga murah sebab takda kolam.

Cuba anda semua bayangkan, disebabkan rumah takda kolam tuan tanah jual rumah tersebut dengan murah kepada Guan Eng... Anda rasa masuk akal ke alasan bodoh tu?? Sapa laa yang nak percaya dengan alasan tu... Budak sekolah pun tahu alasan tu tak leh pakai.

Terang-terang rumah kos rendah takda kolam, tapi Guan Eng masih jual dengan harga tinggi kepada rakyat Pulau Pinang... Apa alasan Guan Eng untuk harga rumah kos rendah ini??

Ohh lupa... Guan Eng pernah jawab dia mana tahu mengenai harga-harga rumah atau tanah di Pulau Pinang... Beliau cuma seorang Ketua Menteri bukannya seorang ejen hartanah.... Patutlaa dia dapat rumah harga murah, dia kasi rakyat Pulau Pinang rumah harga mampu tengok!!!

"Saya menjawab dengan jujur. Saya tidak tahu sama ada rumah saya bernilai RM6.5 juta kerana saya adalah seorang Ketua Menteri dan bukan ejen hartanah," katanya.

Rasanya elok saja lah Guan Eng letak jawatan... Jadi Ketua Menteri apa kalau harga tanah di negeri bawah pentadbiran sendiri pun tak tau.... Macam mana nak bantu rakyat marhaen kalau gini??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Muhyiddin Akui Banyak Berdosa Kepada Pak Lah

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/muhyiddin_Pak-Lah_600.jpg
"Saya menyesal. Ketika itu nampak yang indah saja," kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung di Shah Alam Conventation Centre (SACC) semalam.

Tak perlu lagi Muhyiddin nak menyesal dengan tindakan mendesak bekas Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak... Benda pun dah lama terjadi.

Lagipun, Pak Lah pun tak mahu ingat kembali kisah hitam beliau menjadi Perdana Menteri... Pak Lah pun dah maafkan pemimpin yang sanggup menikamnya dari belakang.

Orang tahu, Muhyiddin dahulu beriye-iye mendesak Pak Lah berundur disebabkan arahan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menjanjikan 'sesuatu' kepadanya.

Bila dah dijanjikan 'sesuatu'... Sudah pasti laa masa tu nampak indah saja... Tak nampak dah buruk ke comot ke bagai... Sebab tu kalau dapat tawaran fikir sebaik-baiknya... Jangan nak nampak 'tawaran' tu je!!

Tengok sajalah sehingga hari ini... Muhyiddin masih setia bersama Mahathir... Untuk apa Muhyiddin bersama Mahathir, kalau dah menyesal dengan tindakan mendesak Pak Lah berundur?? Nampak sangat Muhyiddin masih menunggu 'tawaran' yang dijanjikan Mahathir.

Kalau betul dah menyesal... Tinggalkan je Mahathir tu... Biar dia meroyan sesorang dan menjadi 'keldai' pembangkang seorang diri... Fokus kepada parti dan kukuhkan parti untuk terus menjadi parti peneraju negara pada PRU akan datang.... Itu pun kalau Muhyiddin betul-betul menyesal!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mahathir Tipu Mengenai Masih Tiada Calon PM

Kelakar betul dengan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang giat mahu menumbangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Mahathir boleh kata Kongres Rakyat yang dihadirinya semalam bersama pemimpin pembangkang, masih belum mempunyai calon Perdana Menteri yang sesuai.

Tambah Mahathir lagi, tujuan utama Kongres tersebut adalah mahu menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu, dan kemudiannya akan diputuskan pemimpin mana yang akan menggantikan Najib.

"Perkara utama adalah Najib mesti pergi kerana dia menjadi penghalang utama. Selepas itu, kita akan putuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia bukan untuk kita menamakan perdana menteri daripada sini atau disana," kata Mahathir.

Siapa laa yang bodoh nak percaya kata-kata Mahathir... Korang percaya ke Mahathir takda calon Perdana Menteri lagi?? Kalau korang percaya dengan kata-kata Mahathir ni, memang BODOH laa jawabnya.

Takkanlah nak suruh orang tu berundur dari jawatan tapi takda pengganti... Nampak sangat bohongnya... Habis kalau dah undur sapa nak tanggung semua kerja yang ditinggalkan, sementara nak cari calon yang sesuai.

Mahathir sebenarnya dah ada calon Perdana Menteri sekiranya Najib berundur.... Tu yang Mahathir beriye-iye nak Najib jatuh, sampaikan sanggup bersengkokol dengan pemimpin pembangkang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pakatan Harapan Malukan 3M Dalam Kongres Rakyat

http://assets.bharian.com.my/images/articles/28third.transformed.jpg
Kesian betul kita tengok Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam.

Macam manalah kita tak kesian... Konon bersama pembangkang bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri boleh dapat title 'superhero', tapi pembangkang boleh pula basuh '3M' ni dalam program terbabit.

Yang paling kesian bekas Perdana Menteri yang berkhidmat 22 tahun tu... Asyik kena tembak je dengan pemimpin pembangkang yang berucap dalam program tersebut.

Pemimpin pembangkang asyik sebut kezaliman yang dilakukan Mahathir terhadap mereka... 

Sampaikan orang ramai dan pengamal media semua menumpukan kepada Mahathir, yang kelihatan 'makan dalam' dan tidak senang duduk dengan ucapan pemimpin pembangkang.

"Saya rasa nervous berceramah di hadapan bekas Perdana Menteri yang berkuasa lebih 22 tahun (Mahathir). Dua kali saya ditahan di bawah ISA, di bawah rejim Tun Mahathir Mohamad," kata Presiden PAN, Mohamed Sabu.

"Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang anggota polis dan pada ketika itu, Tun Mahathir memegang  jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri," kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin.

Padan muka Mahathir!! Baru dia tau pemimpin pembangkang macam mana.. Ingat pemimpin pembangkang senang-senang je nak maafkan kezaliman Mahathir dulu??

Sekarang ambil laa Mahathir... Tak pasal-pasal dimalukan pembangkang dalam program yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia.. Hahaha...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Guan Eng Perlu Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Dengan Segera

Rakyat kini memerhati dengan teliti tindakan dan juga perilaku pemimpin-pemimpin DAP khususnya Guan Eng didalam isu panas Skandal Banglo Mewah di Jalan Pinhorn.

Rakyat keseluruhannya kini juga telah melihat sendiri betapa "munafiknya" Ketua Menteri P.Pinang yang sebelum ini berlakon suci demi mencari undi orang melayu/Islam bagi menjajah negeri ini

Sebelum ini, Guan Eng mendesak Perdana Menteri DS Najib Razak agar meletakkan jawatan dan juga bercuti apabila fitnah mengenai 1MDB dicanang ke seluruh negara. Ketika itu juga, seluruh kepimpinan DAP termasuk Kit Siang begitu lantang mahu Najib berundur diatas alasan menjaga integriti.

Tak kurang hebatnya apabila BEKAS ahli UMNO iaitu Tun Mahathir juga mendesak Najib meletakkan jawatan kononnya bagi memudahkan siasatan dilakukan keatas fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Tapi kini, Guan Eng sendiri lupa apa yang dikatakannya dahulu. Bila agaknya Guan Eng mahu meletakkan jawatan dan bercuti untuk memberi ruang siasatan mengenai banglo mewah yang dibeli dengan harga sangat murah itu dijalankan?

Bila pulak Mahathir serta para balacinya mahu bersuara mendesak agar Guan Eng meletakkan jawatan diatas dasar menjaga integriti?? Takkan Mahathir sudah jadi bisu dan tuli hanya kerana mahu menjaga hati 'sleeping partner'nya iaitu Kit Siang?

Skandal pembelian banglo mewah oleh Guan Eng merupakan isu yang sangat besar kerana ia melibatkan RASUAH serta penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam. Kes ini juga amat berat kerana ia melibatkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir harta negeri.

Maka Guan Eng WAJIB meletakkan jawatan dan PERLU disumbatkan kedalam penjara jika disabitkan bersalah. Rakyat mahu seorang pemimpin yang menjaga rakyat negeri, bukannya pemimpin yang mengaut segala keuntungan untuk kepentingan peribadi.

Rakyat Pulau Pinang tak kira bangsa kini mahukan kebenaran ditegakkan didalam isu penyelewengan oleh Guan Eng ini. Seperti Khir Toyo, pemimpin yang didapati bersalah perlu dikenakan hukuman yang setimpal. Guan Eng harus bertanggung jawab diatas segala penyelewengan yang dibuat! Guan Eng mesti bertaubat!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mesyuarat DAP Putuskan Lim Guan Eng Tak Bersalah Beli Banglo Murah

Mesyuarat DAP Pulau Pinang pada hari ini menganggap tiada kes berhubung tuduhan rasuah dalam pembelian banglo pasa harga bawah pasaran oleh Lim Guan Eng.

Sebagaimana biasa, DAP mendakwa pemdedahan isu ini adalah pendakwaan politik semata-mata untuk memburukkan peribadi Guan Eng; dan cubaan UMNO/BN menjejaskan integriti DAP. (Ayat standard DAP)

Menurut Penasihat Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo SD atau Akaun Bersumpah oleh Ms Phang Li Koon, penjual banglo membuktikan bahawa tidak berlaku salah laku dalam proses jual beli banglo bernombor 25 Jalan Pinhorn, George Town oleh Lim Guan Eng.

DAP beranggapan tidak menjadi kesalahan atau ia satu perbuatan menyalahi undang-undang bila Lim Guan Eng membeli banglo tersebut pada harga jauh lebih murah dari harga nilaian pasaran atas dasar "willing buyer willing seller"

Turut difahamkan Lim Guan Eng akan dipanggil oleh SPRM minggu depan untuk memberi keterangan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Laungan "TURUN GUAN ENG" Bergema Di Pulau Pinang

Hari ini Guan Eng buat kenyataan media lagi... Guan Eng sekali lagi berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang menggantikan tanah tapak PPR Taman Manggis Fasa 2 yang dijual kepada syarikat swasta (untuk pembinaan hotel dan hospital) dengan tanah yang lebih besar di Jalan SP Chelliah untuk Projek Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ayat yang sama dicakapkan oleh Mujahid Yusuf Rawa di Parlimen baru-baru ini semasa berbahas dengan Rahman Dahlan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bukan sahaja tidak tahu harga pasaran banglo yang dibelinya malah Lim Guan Eng juga tidak tahu BEZA antara Projek Perumahan Rakyat  (PPR) dan Perumahan Mampu Milik.

PPR adalah perumahan yang dibina oleh Kerajaan untuk disewakan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan; atau lebih tepat lagi golongan rakyat miskin dalam bandar. Sewa yang dikenakan pula sangat rendah atau minima.

Rumah Mampu Milik adalah rumah yang dijual kepada pembeli yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri. Di Pulau Pinang, menjadi pemilih berdaftar di Pulau Pinang adalah satu syarat utama kelayakan membeli rumah Mampu Milik.

Di Jalan SP Chelliah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membina rumah yang dijual  bermula pada harga RM72,500 seunit -KSR (tidak termasuk kos tempat letak kereta) sehingga RM400,000 seunit.

Tiada unit PPR di projek Mampu Milik di Jalan SP Chelliah.Tiada rumah PPR yang disewakan pada kadar RM 120 sebulan.

Jelas sekali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak faham polisi dan skim perumahan Kerajaan atau tidak tahu membezakan antara PPR dan Mampu Milik.

Lu lagi mau tipu ka, Guan Eng cakap ada ganti rumah PPR di SP Chelliah?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

DAP Melaka Semakin Hilang Kepercayaan Terhadap Parti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimi3QxRuZWPmifvzT8t8WHDfyFEPuYsJ2yE0xwDL3GVmIAS3vyhA27Y27JpKdfCDOIt3orNLZBrqzDHGshsbEdJJYwpKWm9EEqwvwcBiljYtvW9BsYwRtU-rRkR2BpIiiM7Q65gqwfGfQL/s1600/DAP+Melaka.jpg
Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad telah memaklumkan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San dari DAP, kini disahkan telah keluar daripada parti DAP.

Perkara tesebut dimaklumkan pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri Negeri di Melaka. Bukan itu sahaja, malah Goh Leong kini disahkan menjadi ADUN Bebas.

Akibat daripada penarikan diri daripada parti DAP dan jawatan  ketua pembangkang yang disandangnya sebelum ini. Terkini jawatan tersebut telah pun diisi oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.

“Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini,” katanya.

Dengar-dengar cerita sebelum ini berlaku sedikit ketidaksefahaman diantara anggota-anggota DAP di Melaka. Mana tidaknya jikalau sebahagian daripada mereka menyokong Goh Leong, tapi sebahagian lagi pula bertindak menyokong Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Jelas nampak berlaku perpecahan sokongan di Melaka.

Ditambah pula dengan berlakunya kontroversi isu rumah banglo yang dibeli Guan Eng pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran, hingga mengakibatkan sesetengah anggota parti DAP telah hilang kepercayaan terhadap Guan Eng.

Bukan itu sahaja, kepimpinan kerajaan DAP Pusat kini langsung tidak boleh dipercayai! Sebelum ini bukan main lagi, laungkan kata-kata tolak rasuah dan sebagainya tapi kini?? Semuanya telah terbongkar satu demi satu keburukan pemimpin DAP… Memang patut pun ahlinya keluar dari parti..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mukhriz Khianati Parti UMNO Tapi Masih Mengaku Darah Daging Parti Itu

http://ob21.news/wp-content/uploads/2016/03/mukhriz-kit-muhyidin-600x341-600x341.jpg
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bikin kelakar dalam ucapannya pada Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di Shah Alam. Mana tidaknya, sebelum ini bukan main gah mengutuk dan mengkhianati parti UMNO, tapi tuppptuppp kali ni masih lagi menyarung baju berlambangkan UMNO. Katanya UMNO ni darah daging dia, susah nak buang. Hahahahah! Kelakar!

Puiiiiihhhh!!! Nak termuntah tengok… Sudah kutuk sana sini tapi masih mengaku diri tu ‘anak jati UMNO’. Kita rasa macam nak terkeluar kahak ni ha! Semasa ucapannya, berlaku sedikit riuh rendah akibat dari desakan para hadirin yang menyuruh Mukhriz untuk menukar baju merah yang dipakainya.

“Buka, buka (baju), tukar (baju),” laung peserta kongres yang hadir pada himpunan tertutup di SACC.

Pelikkkk… Sebelum ini bukan main jijik lagi dengan UMNO. Konon macam UMNO ini diibaratkan seperti parti sampah, parti makan rasuah, parti tidak ada masa depan dan hanya dianggotai oleh orang-orang yang bodoh dan buta tuli sahaja.

Akan tetapi kali ini kenapa Mukhriz berkata, kononnya dia masih lagi darah daging UMNO?? Darah pahlawan UMNO masih mengalir dalam badannya. Sikap talam dua muka Mukhriz ini sangat memalukan. Elehhhhhh, cakap jela nak ambil hati UMNO kan… Ke sebenarnya takut kena pecat ni??

“Saya tahu bukan saya seorang sahaja ahli Umno dalam ini (dewan), saya percaya ada ahli Umno berada dalam ini walaupun tidak pakai baju Umno seperti saya ini,” kata Mukhriz ketika berucap pada himpunan Kongres Rakyat 2016.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Presiden GKCM Bangga Apabila Dipecat Dari UMNO

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/Kamarul-Azman-Habibur-Rahman-ku-nan-GKCM-acheh.jpg
Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (KGCM), Kamarul Azman Habibur Rahman dilihat sedikit pun tidak terkesan malah tidak menghiraukan nasibnya yang dipecat sebagai ahli UMNO. Khabar berita dirinya dipecat tersebar dikalangan ahli UMNO, secara rasminya Kamarul dipecat sejak hari Jumaat yang lalu.

Ketua UMNO Cawangan Telok Kemang, Negeri Sembilan itu dilihat seperti merasa bangga apabila dirinya dipecat. Langsung tidak menyesal, malah berasa megah dengan keputusan yang dia dibuang daripada parti Melayu UMNO.

Menurut Kamarul, dia hanya menerima surat yang memaklumkan mengenai pemecatannya daripada ‘orang yang paling berkuasa’ dalam UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya menerima surat daripada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat lalu memaklumkan penyingkiran saya.

“Biar saya beritahu anda Ku Nan, saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap anda. Anda tidak mempunyai hak untuk menyingkir saya kerana anda tidak mempunyai integriti,” katanya.

Dengan nada yang agak tidak berpuas hati, Kamarul ketika berucap pada Kongres Rakyat di Shah Alam, semalam mendakwa bahawa kononnya kesemua ahli UMNO sebenarnya telah meluat dan menyampah dengan kebodohan pemimpin-pemimpin parti itu. Siapa agaknya ‘bodoh’ yang dimaksudkan Kamarul tu??

Mungkin juga dia lupa tindakannya itu bakal mempengaruhi kerjayanya sebagai seorang guru. Sudah la bekerja sebagai kakitangan kerajaan, berperangai biadap pulak tu.. Haishhhhhhh, tak tahu bersyukur langsung! Bukan itu sahaja, Kamarul juga menjelaskan bahawa dia tidak hairan sekiranya dia bakal kehilangan kedudukan sebagai seorang guru...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Teresa Kok Bagi Alasan Kelakar Demi Pertahankan Lim Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/terasa-koklim-guan-eng.jpg
Punyalah nak pertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, seorang ahli DAP ini sanggup memperbodohkan dirinya sendiri. Bagi alasan yang tidak logik langsung, semata-mata demi mempertahankan Guan Eng daripada terus dihentam.

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok memberi alasan kenapa Guan Eng dapat membeli sebuah rumah banglo mewah dengan harga yang tersangat murah, ini kerana Guan Eng dan pemilik rumah terbabit ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon sebenarnya adalah sahabat baik. Sahabat baik macam mana tu?? Baik sangat ke atau terlampau intim??

Kata Teresa, Phang bertindak sebagai seorang sahabat yang baik kerana sanggup menjual rumah banglo yang dimilikinya itu kepada Guan Eng pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Kalau Teresa jadi Phang pun dia akan lakukan perkara yang sama… Ooooo, demi persahabatan lani?? Hahahaha!!

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,

“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah,” tambah Ahli Parlimen Seputeh itu lagi.

Kalau kalian nak jual taknak ambil untung semata-mata demi sahabat ni, ikut suka kalianlah.. Tapi cuba tanya pada diri kita! Adakah manusia dalam dunia ni sanggup rugi berjuta-juta ringgit semata-mata demi persahabatan macam Teresa Kok ni kata?? Phang ni bukan setakat taknak ambil untung, tapi siap rugi berjuta-juta ringgit. Logik ke alasan yang diberikan Teresa ni??

Nak bohong budak hingusan boleh la… Siapa yang nak rugi oooiiii! Kalau balik modal okey lagi, ini siap jauh beza dari harga pasaran sebenar. Dalam pada itu Teresa sempat menafikan bahawa Guan Eng telah melakukan kesalahan dalam urusan jual beli hartanah, selain menyifatkan isu itu sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.

“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.” Ujarnya...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

YDPA Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah Merasmikan Aman Central

Berlangsung pada jam 12 tengah hari tadi, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan perasmian kompleks membeli belah Aman Central yang menjadi mercu tanda kebanggaan dan kemegahan rakyat di negeri Kedah.

Diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengarah Urusan Belleview Group yang juga pemilik Aman Central, Datuk Sonny Ho, baginda menyempurnakan majlis dengan menandatangani plak perasmian sambil disaksikan oleh para hadirin yang hadir.

Ketibaan baginda pada jam 11 pagi tadi diiringi oleh Sonny Ho dan turut berangkat, Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Aman Central yang berkeluasan 11.6 hektar tersebut dibangunkan oleh Belleview Group. Pusat membeli belah yang menempatkan beberapa jenama terkenal seperti Uniqlo, Pandora dan H&M tersebut mula beroperasi pada 1 Oktober tahun lepas.

Dengan rekod penerimaan kira-kira sejuta pengunjung bagi setiap bulan, Aman Central turut menempatkan dan memberi peluang kepada usahawan muda dan anak-anak kelahiran negeri Kedah untuk membangunkan perniagaan mereka sendiri.

Sementara itu, Aman Central juga telah memenangi anugerah dalam kategori Pembangunan Peruncitan, Malaysia dalam Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2015-2016.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN