Monday, April 04, 2016
ADUN Tanjung Bunga Digesa Letak Jawatan
PETALING JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bunga, Teh
Yee Cheu digesa untuk meninggalkan kerusinya berikutan percubaan untuk
mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.
Teh turut didesak penyokong setia DAP untuk meletak jawatan daripada parti kerana telah dipergunakan oleh Umno.
Perkara tersebut didedahkan pembantu Teh, Carolyn Khor dalam surat terbuka yang ditulis untuk mempertahankan bosnya itu.
Teh telah mengemukakan usul mencadangkan kajian itu menjelang
persidangan Dewan Undangan Negeri itu pada bulan depan untuk mengehadkan
jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.
Khor mengkritik desakan peletakan jawatan itu dengan berkata ia
bertentangan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara
memandangkan Teh telah dipilih oleh rakyat.
Beliau berkata jika perbezaan pendapat tidak dibenarkan maka kepimpinan DAP Pulau Pinang tiada bezanya dengan Barisan Nasional.
"Kita perlu menyelamatkan Pulau Pinang daripada genggaman pemimpin
autokratik yang tidak lagi dapat membezakan antara yang betul dan
salah," kata Khor yang juga Ketua Komunikasi Wanita PKR.
Pada Rabu, Kelab Veteran Bukit Mertajam turut mengadakan sidang media membidas tindakan Teh.
Khor berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya memanfaatkan cadangan
untuk memulihkan semula popularitinya di kalangan rakyat Pulau Pinang
yang semakin merosot susulan publisiti buruk dikaitkan dengan dirinya
baru-baru ini.
Katanya, Guan Eng juga sepatutnya tidak berasa tergugat dengan cadangan itu.
Tindakan Teh disuarakan pada waktu yang tidak sesuai bagi Guan Eng yang
terpalit dengan kontroversi pembelian banglo berharga RM2.8 juta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment