Monday, April 04, 2016
Marah Teramat Sangat Pada MADEY.... Wan Azizah Enggan Sertai Kempen Selamatkan Malaysia
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menegaskan beliau tidak akan menyertai kempen Selamatkan Malaysia yang
dipelopori Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang.
Malah, beliau merasakan tiada keperluan untuk menyertai kempen tersebut.
"Buat masa ini, saya tidak perlu (menyertainya)," kata Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu kepada pemberita di lobi Parlimen.
Wan Azizah ditanya sama ada beliau akan menyertai perhimpunan susulan yang dianjurkan Pakatan Harapan.
Kempen "Selamatkan Malaysia" dilancarkan pada Februari lalu, diketuai Dr Mahathir.
Setakat ini, kempen itu mendapat sokongan kira-kira 50 pemimpin dari
kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang selain aktivis dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment