Monday, April 04, 2016
Arah Tutup Mulut Skandal Banglo : Tindakan DAP Memalukan
KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia,
Syamsul Hidayat Mohd Shariff membidas kepimpinan Dap yang disifatkan
cakap tidak serupa bikin apabila mengarahkan ahli dan kepimpinan akar
umbi tidak membuka mulut berhubung isu skandal rasuah pembelian banglo
Lim Guan Eng dan hanya kepimpinan Dap peringkat tertinggi sahaja yang
boleh memberikan kenyataan berhubung perkara itu.
Menurut beliau, apakah ini merupakan satu tindakan yang demokratik
daripada sebuah parti yang seringkali mendabik dada kononnya lebih
demokrasi,lebih telus dan lebih berintergriti daripada lain-lain parti
politik di negara ini.
“Apa
yang saya lihat ini merupakan percubaan Dap untuk menutup mulut
ahli-ahlinya daripada meluahkan pendapat dan pandangan mereka yang
pelbagai berhubung isu skandal rasuah yang dihadapi oleh setiausaha
agung mereka itu.
“Saya kira mereka terpaksa melakukan perbuatan yang langsung tidak
demokratik ini memandangkan hari ini telah banyak suara akar umbi Dap
yang membuat kenyataan di mana kenyataan-kenyataan tersebut didapati
tidak memihak kepada Guan Eng dalam isu skandal rasuah pembelian
banglonya itu.
“Dap sepatutnya merasa malu dengan perbuatan mereka yang cuba
menyekat suara akar umbi daripada melontarkan pandangan mereka sedangkan
selama ini pemimpin Dap terutama Kit Siang dan anaknya Guan Eng
seringkali mendabik dada bahawa merekalah parti paling telus, paling
demokrasi dan paling berintergriti berbanding parti lain,” tegasnya
kepada media di sini hari ini.
Tambah beliau, isu rasuah yang dihadapi oleh Dap ini seumpama
memulangkan paku buah keras apabila Guan Eng berkeras untuk tidak
bercuti rehat bagi melancarkan proses penyiasatan walaupun di desak oleh
kepimpinan akar umbinya sendiri mahupun NGO pro pembangkang seperti
Bersih dan lain-lain.
“Kalau isu itu terpalit pada pemimpin BN terutama UMNO, merekalah
paling lantang sekali bersuara meminta pemimpin yang terkait dengan
skandal rasuah itu supaya bercuti rehatlah, meletakkan jawatanlah dan
bermacam-macam desakan lagi.
“Tapi kali ini bila mereka terkena betul-betul tepat di atas batang
hidung mereka sendiri, pandai pula nak bagi macam-macam alasan dan
berkeras tidak mahu bercuti rehat,”jelasnya.
Tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan Dap dengan membela Guan Eng
serta memberikan pelbagai alasan untuk mengalihkan isu termasuk yang
terbaru menutup mulut ahli akar umbi bersuara, membuktikan bahawa Dap
bukanlah sebuah parti demokrasi tetapi merupakan sebuah parti kuku besi
dan double standard dalam setiap keputusan dan penilaian mereka.
“Jika kita perhatikan tindak tanduk Dap, mereka ini memang
mengamalkan politik double standard termasuklah di dalam parti mereka
sendiri. Sebab itu saya tidak pernah yakin dengan Dap yang kononnya
parti yang terbuka untuk semua kaum tapi dalam masa yang sama kepimpinan
parti hanya dimonopoli oleh satu kaum saja sejak dulu hingga kini.
“Apa yang saya lihat, isu skandal rasuah yang dihadapi oleh Guan Eng
ini telah memberikan kesan yang besar terhadap imej parti tersebut yang
cuba ditonjolkan oleh Kit Siang sebagai parti yang telus dan menolak
rasuah.
“Dengan apa yang berlaku hari ini saya yakin ia membuka mata
sebahagian rakyat di Malaysia yang menyokong Dap dan saya yakin mereka
tidak bodoh untuk terus tertipu dan dipermainkan oleh Dap yang hanya
mempunya agenda politik peribadi mereka yang tersendiri,”ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment