Monday, April 04, 2016
UMNO Sukar Ditumbangkan Jika Setiap Ahli Pahatkan Slogan Bersatu – Bersetia – Berkhidmat
AYER KEROH : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri
Melaka, Datuk Haji Abdul Rahman Abd Karim percaya selagi ahli-ahli UMNO
berpegang teguh kepada cogankata UMNO iaitu Bersatu-Bersetia-Berkhidmat
maka selagi itu UMNO sukar ditumbangkang walaupun diserang segenap
penjuru.
Ini kerana tegasnya jika seluruh UMNO menjadikan slogan itu terpahat
dalam sanubari mereka sudah pasti perjuangan mereka kepada parti
mengatasi kepentingan peribadi.
“Perjuangan parti UMNO yang harus kita jaga, kita utamakan, bukannya
kepentingan peribadi atau kelompok-kelompok tertentu kerana inilah
satu-satunya wadah bagi menjamin masa depan kita, anak bangsa kita.
“Saya
juga berharap kepada ahli-ahli UMNO ajar jangan mendiamkan diri di kala
parti diserang di segenap sudut oleh pihak pembangkang”, katanya kepada
media di sini.
Pada masa yang sama beliau turut menggesa agar seluruh ahli UMNO
menolak sebarang usaha oleh mana-mana pihak sekalipun untuk membawa usul
menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kerana
usul itu jelas adalah perjuangan parti pembangkang.
“Mana maruah kita, jika kita sendiri nak membawa usul di persidangan
cawangan kita untuk membawa usul tersebut, mana mungkin kita nak bawa
‘usul pembangkang’ dalam persidangan cawangan-cawangan UMNO yang sedang
berlangsung sekarang ini,” ujarnya yang juga ADUN Pantai Kundor.
Tambah beliau lagi kekuatan UMNO di peringkat akar umbi mesti terus
diperteguhkan umpama sebatang pokok kuat akarnya maka teguhlah batangnya
dan seterusnya memberi perlindungan kepada rakyat secara
keseluruhannya.
“Sehubungan dengan itu, kita harus bersatu dan elakkan pertelingkahan
sesama kita. Jangan mudah terpengaruh dengan agenda individu yang mahu
rosakkan keutuhan parti dan kerukunan parti kita,” ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment