Monday, April 04, 2016
Tak Mungkin Majlis Raja-Raja Atau YDP Agong Boleh Minta Najib Letak Jawatan
KUALA LUMPUR : Pengamal Undang-Undang, Kamaruddin Ahmad
berkata tindakan Tun Mahathir dan pihak pembangkang yang cuba mengheret
institusi Raja-Raja ke kancah politik menerusi deklarasi rakyat
merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya konflik tersebut
hendaklah diselesaikan di gelanggang politik.
Menurut beliau, dari segi perlembagaan persekutuan, negara ini
mengamalkan konsep Raja Perlembagaan yang membawa maksud bahawa
Raja-Raja di negara ini hanya akan bertindak mengikut perlembagaan.
“Dan
perlembagaan negara juga telah menetapkan bahawa Raja-Raja kita ada
dua bidang kuasa di mana ada keputusan yang boleh dibuat atas budi
bicara mereka dan yang keduanya, keputusan yang dibuat berdasarkan
nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar mengikut dalam keadaan
tertentu.
“Jadi dalam hal deklarasi rakyat ini, lebih-lebih lagi dalam hal mahu
mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan, ianya tertakluk di
dalam hal politik yang bukan di dalam bidang bicara Raja-Raja.
“Berdasarkan perkara tersebut pada pandangan saya tak mungkin Majlis
Raja-Raja atau pun Yang di-Pertuan Agong boleh meminta Datuk Seri Najib
mengundur diri kerana tidak ada kuasa yang diberikan oleh perlembagaan
kepada Majlis Raja-Raja mahupun Yang di-Pertuan Agong untuk mencampuri
bidang kuasa politik,” tegasnya kepada media di sini hari ini.
Sementara itu, ketika mengulas tindakan saman Tun Mahathir terhadap
Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata bahawa pihak Tun Mahathir
tidak mempunyai locus standi dalam isu-isu yang dibangkitkan melalui
saman tersebut.
“Saya juga berpandangan dalam hal ini bahawa tindakan yang dilakukan
oleh Tun Mahathir itu juga boleh dianggap sebagai satu tindakan yang
boleh memudaratkan demokrasi berparlimen di mana juga merupakan satu
kesalahan di bawah kanun keseksaan.
“Apabila saya meneliti lihat saman yang dikemukakan oleh Tun Mahathir
ini tidak akan pergi jauh.
Pada pandangan saya, ada kemungkinan
mahkamah tidak akan memberi kebenaran untuk meneruskan kes ini.
“Saya rasa kerajaan Malaysia sudah pun berdepan dengan lebih banyak
cabaran yang lebih besar jadi bagi saya kes saman ini bukanlah satu
perkara yang boleh menggugat Datuk Seri Najib dan kerajaan Malaysia,”
ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment