Monday, April 25, 2016
Contohi Ketaatan, Kesetiaan Dan Ketulinan Tun Ghafar
Contohi nilai ketaatan kepada pemimpin, kesetiaan tidak berbelah-bahagi
kepada UMNO dan ketulenan manifestasi prinsip perjuangan UMNO oleh bekas
timbalan perdana menteri, Tun Abdul Ghafar Baba.
Tun Ghafar sejarah “Saya tanya pada diri saya apa nilai Encik Ghafar
kepada kita terutama kepada kita generasi ini, saya simpulkan satu
ketaatan, kedua kesetiaan, ketiga ketulenan … itulah Encik Ghafar kepada
UMNO dan kita semua,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak
dalam ucapan pada majlis Bacaan Tahlil dan Doa Sempena 10 Tahun
Pemergian Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba di Memorial Tun Abdul Ghafar
Baba di Peringgit, Melaka, Sabtu.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru semua anggota UMNO supaya
mengingati pesanan pemimpin terdahulu yang mahukan generasi sekarang
memikul tanggungjawab mempertahankan parti keramat orang Melayu itu dan
bukannya meninggalkan atau mengkhianati parti.
“Mereka (pemimpin terdahulu) walaupun (sudah) tidak lagi bersama kita,
mereka berkehendakkan kita mempertahan UMNO, menegakkan UMNO …kerana
selagi ada UMNO perjuangan boleh diteruskan, tanpa UMNO berkuburlah
segala-galanya, macam Encik Ghafar kata ‘tiada UMNO, tiada barisan
hancur segala-galanya’,” katanya.
Jalan permuafakatan katanya, mesti dicari sekiranya terdapat perbezaan
dalam kalangan anggota UMNO supaya akhirnya dapat bercantum dan
menyatukan UMNO di dalam satu barisan.
Abdul Ghafar ujar Najib adalah tokoh yang menjadi simbol kepada
perjuangan UMNO lantaran langsung tidak memandang jawatan sebagai
perkara penting dalam perjuangannya namun amat cemerlang dalam politik
akar umbi dan sentiasa berdampingan serta mengetahui isu-isu berkaitan
rakyat atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, ‘man of the people’..
“Encik Ghafar tidak pernah marah, tidak pernah merajuk (jika) tidak
dilantik timbalan perdana menteri pun, itu bukan wadah perjuangan beliau
… beliau kata jawatan tidak penting, UMNOlah segala-galanya, jagalah
UMNO, katanya menambah bahawa beliau memilih untuk hadir pada majlis itu
bukan sebagai Perdana Menteri atau Presiden UMNO, sebaliknya hadir
kerana Abdul Ghafar.
“Allahyarham tidak boleh dipisahkan dengan perjuangan UMNO, tidak boleh
dipisahkan dengan keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana
Menteri Tun Abdul Razak Hussein, juga ayahanda Najib) dan saya sendiri
secara peribadi,” katanya.
Tun Abdul Ghafar yang merupakan anak kelahiran Melaka menjadi timbalan
perdana menteri dari 10 Mei 1986 hingga 15 Okt 1993 dan juga Ketua
Menteri Melaka dari 1 Jun 1959 hingga 5 Okt 1967.
Hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil
Yaakob, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Yang Dipertua Dewan Negara,
Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris
Haron.
Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul
Aziz, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Anggota
Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan anak Abdul Ghafar,
Datuk Mohd Tamrin.
Dalam pada itu, Najib memaklumkan bahawa kerajaan sedia memberikan
peruntukan agar Memorial Tun Abdul Ghafar Baba dibina semula di tapak
sama bagi memperingati dan menjadikan perjuangan beliau sebagai panduan
generasi masa kini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment