Monday, April 25, 2016
Rebut Kuasa Ni.... PRN Sarawak : DAP Lawan PKR Di Batu Kitang
KUCHING : DAP mengesahkan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa
akan bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi
Batu Kitang.
Sumber dalaman parti mengesahkan perkara itu menjelang proses penamaan
calon pada Isnin bahawa Abdul Aziz yang sepatutnya bertanding di kerusi
Stakan kini akan menghantar borang pencalonan di Batu Kitang.
Abdul Aziz pada asalnya akan bertanding di kawasan majoriti penduduk Melayu, Stakan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menamakan Abdul Aziz sebagai calon untuk kerusi Stakan pada 21 April lalu.
Pada masa sama, beliau berkata Abdul Aziz merupakan calon terbaik di kerusi berkenaan.
Namun, pada Ahad, DAP Sarawak mengeluarkan kata-kata akhir kepada PKR
menggesa sekutunya dalam Pakatan Harapan untuk mematuhi perjanjian yang
dicapai antara kedua-dua parti.
Malah, DAP memberi amaran bahawa mereka akan bertanding satu kerusi
tambahan sekiranya PKR menampilkan calon di luar senarai yang
dipersetujui kedua-dua parti itu, sebelum ini.
Chong menunjukkan kepada media perjanjian bertulis antara Timbalan
Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng yang ditandatangani pada 7 April lepas.
Dalam perjanjian itu PKR akan bertanding di kerusi Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga.
Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi oleh DAP.
Sebelum ini timbul cakap-cakap bahawa mungkin berlakunya pertembungan
tiga penjuru di kawasan tertentu akibat pertelagahan kerusi antara
kedua-dua parti itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment