Thursday, April 07, 2016

Dakwaan Tukar MB Johor : Gerakan Lagakan UMNO Negeri Dengan Perdana Menteri

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/khalid-nordin.jpg
SEGAMAT : Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Norshida Ibrahim menyifatkan laporan beberapa portal pro pembangkang semalam mengenai gerakan menukar MB Johor dan mengantikan dengan seorang Timbalan Menteri dari Johor yang `mesra-Najib’  sebagai satu usaha provokasi melaga-lagakan kepimpinan UMNO negeri Johor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tambahnya, sehingga ke hari ini Muafakat UMNO Johor yang diterajui Datuk Khaled Nordin selaku MB Johor semakin utuh dan perkara yang lebih utama ketika ini adalah usaha mengukuhkan parti dan memberi khidmat bakti kepada rakyat.
UMNO Johor Dan Pusat 
“Sehingga ke hari ini juga UMNO Johor di bawah kepimpinan Datuk Khaled tetap menzahirkan sokongan kepada DS Najib sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

“Sebaiknya jalan layan provokasi jahat portal ini kerana mereka seakan-akan mahu mencalarkan perpaduan dan persefahaman kita ,” ujarnya kepada media.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn turut berkongsi pandangan yang sama dan melihat gerakan portal pro-pembangkang ini merupakan satu usaha terdesak yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu bagi merobek keteguhan dan keyakinan UMNO Johor terhadap kepimpinan pusat.

“Kenyataan demi kenyataan telah dibuat dibuat bagi menzahirkan sokongan kepimpinan UMNO Johor kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Tak cukup dengan kenyataan, banyak gerak kerja oleh UMNO negeri Johor bertujuan untuk menguatkan parti kerana menguatkan parti, mendekatkan parti dengan masyarakatlah yang menjadikan Presiden parti kita kuat dan dihormati rakyat.

“Oleh yang demikian, tidak perlulah kita mengambil berat terhadap apa yang dinyatakan di dalam portal tersebut. Biarlah sekali lagi kita nyatakan bahawa UMNO Johor terus teguh bersama pimpinan Menteri Besar Johor dan Perdana Menteri kita,” tambahnya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment