Thursday, April 07, 2016
Wanita Johor Tolak Usaha Adu Domba, Fitnah UMNO Johor
JOHOR BAHRU : Wanita UMNO Johor menolak sekeras-kerasnya
dakwaan mengatakan adanya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor,
Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Ketuanya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata seluruh kepimpinan
Wanita UMNO Johor berdiri teguh di belakang YAB MB Johor yang dilihat
bukan sahaja sebagai MB yang berjaya membawa perubahan dan kemajuan
dalam pentadbiran mahupun pengurusan kerajaan negeri yang merangkumi
pelbagai aspek demi kepentingan rakyat dan bangsa Johor malah telah
berjaya membawa perpaduan dan permuafakatan di kalangan pimpinan UMNO
pelbagai lapisan dan peringkat.
Tidak
mahu melayan isu-isu yang boleh melemahkan jentera dan parti, beliau
seterusnya menyeru seluruh ahli Wanita UMNO pelbagai peringkat terus
bekerja keras membantu YAB MB Johor dalam menangani permasalahan dan
menjaga kebajikan rakyat seterusnya memastikan pengukuhan parti
dipertahankan demi mencapai kemenangan PRU 14.
“Janganlah usaha yang telah dijalankan oleh YAB MB Johor menjadi
sia-sia kerana fitnah seperti ini. Johor dengan cara dan acuan
tersendiri pastinya memerlukan lebih banyak sentuhan ajaib dan magik
daripada YAB MB Johor bagi melakar kejayaan bangsa Johor kini dan masa
hadapan.
“Rekod cemerlang ditunjukkan YAB MB Johor selama ini menjadikan tiada
sebab untuk beliau digantikan dengan orang lain”, katanya dalam satu
kenyataan kepada media di sini.
Beiau juga menyeru supaya semua rakyat menolak dengan
sekeras-kerasnya adu domba yang cuba dikaitkan di antara YAB MB Johor
dgn YAB Perdana Menteri.
“Saya amat yakin jalinan persahabatan dan keakraban YAB MB Johor
dengan YAB Perdana Menteri amat erat malahan hala tuju kepimpinan YAB MB
Johor hari ini seiring dengan pendekatan yang dibuat oleh kerajaan
pusat.
“Wanita sebagai tulang belakang parti akan teruskan perjuangan demi
masa depan negara dan jauhi sikap bersaing sesama sendiri di dalam
parti”, ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment