Thursday, April 07, 2016

Khalid Pertahan Tindakan Tahan Rafizi

http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/khalid_abu_bakar_1104_(1)_620_412_100.jpg
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan pegawainya yang menahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, kelmarin kerana mendedahkan dokumen berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Menurut beliau, tiada sebarang isu berkaitan penahanan tersebut kerana dilakukan mengikut prosedur undang-undang negara dan dibuat setelah melepasi pondok keselamatan bangunan Parlimen.

“Saya mempertahankan tindakan diambil pegawai saya berhubung penahanan Rafizi yang dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi.


“Beliau sebagai seorang Ahli Parlimen sepatutnya lebih tahu bahawa perbuatannya mendedahkan dokumen tersebut salah di sisi undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutupan Mesyuarat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment