Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Thursday, April 07, 2016
Kenyataan Media Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Kenyataan Media YB Dato’ Hasan bin Arifin, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen
1) Hari ini, PAC membentangkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) selepas laporan ini dipersetujui sebulat suara
serta konsensus ketika mesyuarat penyediaan laporan pada Isnin lalu.
2) PAC yang dianggotai 14 Ahli Parlimen sembilan ahli daripada parti
Barisan Nasional (BN) dan lima daripada parti pembangkang dalam
menyiapkan laporan ini secara kolektif dengan mengemukakan rumusan serta
cadangan kepada Kerajaan berhubung kawalan pengurusan tadbir urus
syarikat 1MDB yang dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD)
3) PAC memulakan laporan prosiding Kawalan Pengurusan Tadbir Urus
1MDB pada 19 Mei 2015 dan mengakhiri prosiding ini pada 11 Februari 2016
dengan memanggil semua pihak yang bertanggungjawab terhadap syarikat
1MDB termasuk Kementerian Kewangan (MoF), Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Lembaga Pengarah 1MDB, pengurusan tertinggi 1MDB dan Juruaudit 1MDB.
4) PAC ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara
(JAN) kerana membentangkan Laporan Pengauditan 1MDB kepada PAC pada 4
dan 7 Mac lalu.
5) Jawatankuasa ini bersandarkan maklumat daripada laporan yang
disediakan JAN selaras dengan keputusan Kabinet yang mengarahkan Laporan
Audit 1MDB dibentangkan kepada PAC untuk menjalankan siasatan,
menyiapkan serta merumuskan Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan
Tadbir Urus 1MDB.
6) PAC mengakui bahawa syarikat 1MDB mempunyai struktur modal yang
lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus yang dijelaskan dengan
terperinci dalam laporan ini.
7) PAC juga mendapati bahawa struktur modal 1MDB terlalu bergantung kepada penggunaan hutang.
8) PAC juga berpuas hati dengan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir
Urus 1MDB pelan rasionalisasi syarikat 1MDB dan langkah-langkah yang
diambil kerajaan dalam tempoh singkat bagi memulihkan syarikat ini
9)Atas sebab itu, PAC menyarankan supaya pihak penguatkuasa perlu
mengkaji dengan teliti laporan ini dan membuat siasatan lanjut. Jika
didapati wujud kesalahan, tindakan undang-undang perlu diambil.
Dato’ Hasan bin Arifin
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment