Thursday, April 07, 2016

Proton Menguntungkan Kerajaan Atau Keluarga Mahathir?

EDITOR MENULIS...
7 APRIL 2016

Cuma persoalannya sekarang, bagaimana duti eksais (cukailah tu) yang dibayar pembeli kenderaan Proton, dianggap sebagai sumbangan syarikat itu kepada kerajaan?  Bukan Proton tukang kutip saja ke?  Kalau tak Proton pun, rakyat akan membeli kereta dari pengeluar kereta lain dan duti eksais yang sama masih perlu dibayar kepada kerajaan.
wp-1459649714150
Antara lain semalam, bekas ahli UMNO, Mahathir Mohamad menyenaraikan lebih RM 11 billion duti eksais sebagai beberapa ‘sumbangan’ Proton kepada kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 1983.

Dimudahkan, Mahathir cuba mengatakan berbanding RM 13.8 billion wang rakyat yang telah digunakan untuk membangunkan syarikat tersebut, Proton sebenarnya telah membayar lebih banyak kepada kerajaan dan rakyat. Saya yakin perkara ini dibangkitkan untuk membalas kritikan ramai berhubung pertanyaan kenapa Proton, syarikat yang telah berusia 33 tahun masih memerlukan bantuan kewangan dari kerajaan.

Tinggal lagi rakyat tak keluar duit untuk bangunkan pengeluar kereta yang lain tu, banding dengan Proton.  Menariknya, bukan sahaja duti eksais, hampir kesemua cukai yang disenaraikan Mahathir sebagai ‘sumbangan’ Proton kepada kerajaan itu, adalah sebenarnya dibayar oleh pembeli kereta tersebutlah.

Jadi, dengan sebahagian besar pembeli kenderaan Proton adalah rakyat negara ini (yang juga ‘keluar duit’ untuk membangunkan Proton) termasuk kerajaan pun kena beli kenderaan Proton, mana untungnya lagi?

Tak keterlaluan kalau disebut, yang dikatakan pulangan kepada rakyat dan kerajaan itu sebenarnya bukan sahaja tidak tepat malah membuktikan lagi bahawa sememangnya syarikat itu tidak pun menguntungkan kerajaan dan negara pun sejak ditubuhkan. Yelah, kalau dah keluar RM 13.8 billion tapi pulang balik tak sampai banyak itu, untung macam mana?

Sekarang ni nak tanya lagi, kalau kerajaan tidak untung, rakyat tidak untung siapa yang untung? Rasanya saya tidak payah ulang, perdebatan mengenai perkara ini telah lama diadakan tapi tidak pernah mendapat perhatian Mahathir sekali terdapat banyak fakta menunjukkan ia adalah kaum kerabatnya sendiri yang mendapat keuntungan dari kewujudan Proton ini.

Umpamanya pembekal cat anti karat (anti roosting) kepada Proton adalah syarikat yang di dakwa dimiliki oleh kaum kerabatnya sendiri.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment