Thursday, April 07, 2016

Rakyat Pulau Pinang Dapat Ketua Menteri Baru Bulan Mei??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0T5oX4ivaWkMFi7D5mv179igWNzRrqk1rDBQYo9g1fe215hFecZ5pQx-GiQo4ASWSFa6brWGKHF6dUCiZWvXK3oSCW3th7numN0boYzuzd9dyGj3jYjCgzFmmXQn9lsajODT6xaiYCE0/s1600/jamuan+1.jpg
Akhirnya penantian rakyat Pulau Pinang hampir dua penggal untuk mendapatkan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru menggantikan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang 'zalim' dan 'pilih kasih' bakal tercapai, sekiranya keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan Tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah didapati 'positif' bersalah.

Dengan perkhabaran ini, telah membuatkan rakyat Pulau Pinang kembali 'senyum' apabila mereka sebelum ini sering ditindas oleh pentadbiran Guan Eng sehinggakan hidup sebagai pelarian di negeri itu.

Rakyat Pulau Pinang cukup tertekan dengan pentadbiran Guan Eng, apabila terpaksa keluar dari kediaman bagi memberi projek mega dilakukan tanpa diberi sebarang pampasan oleh kerajaan negeri

Selain itu, Guan Eng yang kononnya berjiwa rakyat dan zuhud tidak mesra terhadap golongan bawahan apabila tidak membina rumah kos rendah sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri... Guan Eng lebih 'rakus' membina rumah mewah, yang menyebabkan rakyat terpaksa merempat mencari tempat berteduh.

Menurut sumber, SPRM dijangka melengkapkan kertas siasatan kes terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa terlibat dalam skandal pembelian banglo pada harga dibawah pasaran dalam tempoh 3 minggu lagi.

"Apa-apa pun, segala persoalan akan terjawab selewat-lewatnya hujung bulan ini," kata sumber yang dipetik dari sebuah portal.

Kertas siasatan yang dilakukan pihak SPRM yang dijangka siap dalam 3 minggu lagi akan mengheret Guan Eng ke mahkamah, bagi menentukan sama ada Guan Eng didapati bersalah ataupun tidak berdasarkan kertas siasatan dan bukti-bukti yang disertakan.

Sekiranya Guan Eng didapati bersalah dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Guan Eng, maka Guan Eng secara automotiknya terpaksa melepaskan semua jawatan yang disandang termasuk jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, dan satu pelantikan Ketua Menteri yang baru akan diadakan dalam bulan Mei.

Dengan keputusan Guan Eng didapati bersalah, ia merupakan satu sinar harapan buat rakyat Pulau Pinang yang selama ini sering ditindas oleh pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Guan Eng.

Menurut khabar angin yang bertiup kencang, seandainya Guan Eng didapati bersalah, kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri akan diganti oleh Datuk Rashid Hasnon yang kini memegang jawatan selaku Timbalan Ketua Menteri 1.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment