Thursday, April 07, 2016
MB Kedah Serah Deklarasi Sokong Najib
KUALA LUMPUR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah hari ini menyerahkan ‘Deklarasi Kedah’ sebagai ikrar memberikan
sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Razak.
Deklarasi yang disokong seluruh pemimpin Umno Kedah itu diserahkan
kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam satu pertemuan di bangunan
sementara parlimen, sebentar tadi.
Sokongan itu sebagai tindak balas kepada Deklarasi Rakyat yang
dilancarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama
Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Najib, yang dilancarkan awal Mac lalu.
“Kami sepakat, mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan
tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan DAP,
PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) serta mengepalai Deklarasi Rakyat
bersama Lim Kit Siang yang bertujuan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib
Razak, selaku Perdana Menteri Malaysia yang jelas bertentangan dengan
amalan dan sistem demokrasi, tanpa mempedulikan lesan dan implikasi
terhadap perbuatannya itu kepada negara dan rakyat,” demikian menurut
kenyataan media Ahmad Bashah.
Deklarasi Kedah itu antara lain turut mendesak Majlis Tertinggi dan
Lembaga Disiplin Umno memecat ahlinya yang terlibat dengan deklarasi
yang dikepalai Mahathir dan pembangkang itu.
“Kami mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir
pemimpin Umno yang masih memegang jawatan, khususnya Tan Sri Muhyiddin
yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat
dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib razak
daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara
demokratik,” menurut kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang ditemui media selepas perjumpaan itu
berkata deklarasi itu disepakati malah perjumpaan hari ini turut
dihadiri oleh ketua bahagian, ahli parlimen dan senator Umno Kedah,
termasuk ketua pemuda, wanita dan ketua puteri negeri.
“Jadi deklarasi ini kita buat kerana kita merasakan perlu, kita nak
menyatakan orang ramai bahawa Kedah masih bersama perdana menteri,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment