Monday, April 04, 2016
Lagi Penafian 1MDB Tidak Terlibat Pelaburan Red Granite Pictures
Firma pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia
Development Bhd. (1MDB) menjelaskan pihaknya tidak pernah melabur dan
tidak pernah memindahkan dana ke Red Granite Pictures sama ada secara
langsung mahupun melalui perantaraan.
1MDB menjelaskan, sebarang kenyataan yang mendakwa penglibatan firma itu dalam syarikat produksi tersebut adalah tidak benar.
“Kami menafikan sebarang cadangan bahawa 1MDB membiayai produksi The
Wolf of Wall Street atau terlibat dalam pembikinan filem berkenaan dalam
apa jua kapasiti seperti mana yang dituduh dan dikeluarkan dalam
laporan-laporan media baru-baru ini,” kata 1MDB dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
The Wolf of Wall Street ditayangkan pada tahun 2013 merupakan antara
filem yang mencatatkan jualan tiket tertinggi di Amerika Syarikat dengan
penampilan aktor terkenal, Leonardo Di Caprio.
Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese yang mengambil masa penggambaran selama enam tahun.
Filem tersebut dikatakan menelan perbelanjaan kasar kira-kira
AS$400 juta (RM1.55 bilion) selain mendapat pencalonan lima anugerah
dalam Academy Awards termasuk anugerah gambar terbaik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment