Monday, April 25, 2016
MB Terengganu : Tanda Tanya Di Sebalik Gelaran Datuk Seri Tidak Disebut
PETALING JAYA : Desas-desus mengenai penarikan balik darjah kebesaran
yang dikurniakan Istana Terengganu kepada Menteri Besar semakin hangat
diperkatakan apabila gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara
majlis pada program yang dihadiri Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman,
pagi Ahad.
Sebaliknya, pengacara majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di
Hotel Primula, Kuala Terengganu itu sekadar menyebut Yang Amat Berhormat
(YAB) Menteri Besar Terengganu sahaja bagi mengalu-alukan kehadirannya.
Ahmad Razif hadir pada majlis itu bagi mengiringi Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin yang berangkat untuk merasmikan persidangan
tersebut.
Insiden ini bukan yang pertama kerana pada Sabtu, kejadian sama berlaku
sekali gus bagaikan mengiyakan khabar angin mengenai isu penarikan
gelaran rasmi itu yang mula bertiup kencang pada petang Jumaat lalu.
Namun, tiada sebarang kenyataan secara rasmi dikeluarkan pihak istana
negeri itu untuk mengesahkan mengenai khabar angin itu sehingga hari
ini.
Ahmad Razif yang menjadi tumpuan media pada pagi Ahad bagaimanapun terus mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut.
Beliau yang diserbu wartawan sekadar mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan majlis dengan menaiki kenderaan rasminya.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu Datuk Osman Muda turut enggan mengulas isu berkenaan.
Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin
(SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun
ke-53 pada 24 April 2015.
Pada petang Jumaat, timbul dakwaan kononnya Ahmad Razif yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir kini tidak lagi mempunyai
sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik.
Persoalannya kini, apakah situasi terkini di Terengganu itu bermakna
karier Ahmad Razif sebagai Menteri Besar akan turut berakhir dalam masa
terdekat.
Menurut sumber, Ahmad Razif menyerahkan semua darjah dan bintang
kebesarannya petang Jumaat selepas dimurkai pihak Istana ketika beliau
mengiringi Sultan Mizan menunaikan solat Jumaat.
Sekiranya benar, beliau bakal menjadi menteri besar paling singkat dalam
sejarah Terengganu selepas tidak sampai setahun mengambil alih jawatan
tersebut daripada Datuk Seri Ahmad Said pada Mei tahun lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment