Monday, April 25, 2016
Saman Saya, Kata Rahman Dahlan Kepada Guan Eng
PETALING JAYA : Datuk Abdul Rahman Dahlan mencabar Lim Guan Eng untuk
memfailkan saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah selepas Ketua
Menteri Pulau Pinang itu mendakwa dirinya sengaja tidak mahu meneruskan
debat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu
berkata Lim mengeluarkan kenyataan seperti individu tidak bertamadun dan
gagal memperlihatkan gaya seorang ketua menteri.
"Jika anda fikir apa yang saya dedahkan mengenai anda adalah
pembohongan, saman sahaja saya kerana fitnah. Saya amat berbesar hati
berjumpa anda di mahkamah!," kata Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen
Kota Belud menerusi Twitternya pada Ahad.
Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila Lim mendakwa Abdul Rahman gagal
sebagai seorang menteri selepas debat secara terbuka itu dibatalkan.
Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan berdebat secara terbuka mengenai isu
Taman Manggis pada minggu lalu tetapi dibatalkan atas nasihat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
Debat itu dibatalkan kerana ia didakwa menyebabkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilakukan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment