Monday, April 25, 2016
PRN Sarawak : DAP, PKR Masih Konflik Isu Pembahagian Kerusi
KUCHING : Kurang 24 jam menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya
negeri Sarawak, DAP dan PKR bagaimanapun masih lagi bertelagah mengenai
pembahagian kerusi, yang boleh mengakibatkan pertandingan tiga penjuru
membabitkan sehingga lima kawasan.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, PKR harus berpegang
dengan kata-kata mereka dan tidak akan membenarkan sebarang pertindihan
kerusi.
Jika tidak, Chieng Jen berkata, DAP akan mengambil balik kerusi Batu Kitang, yang dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.
"Saya telah didesak oleh ahli-ahli DAP dan juga rakyat mengenai Batu Kitang.
"Mereka kata jika PKR tidak pegang kata-kata mereka, mengapa kita perlu ikut?" katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Chieng Jen yang merupakan penyandang kerusi Kota Sentoasa mendedahkan
satu perjanjian yang ditandatangani parti bersama PKR, sebagai bukti
bahawa kata sepakat telah dicapai antara kedua-dua pihak.
Perjanjian tulisan tangan itu didakwa ditandatangani oleh Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment