Monday, April 25, 2016
Abang Besar Sudah Marahlah..... DAP Sarawak Beri Peringatan Terakhir Kepada PKR Hormati Perjanjian Kerusi
KUCHING : DAP Sarawak mengeluarkan ‘peringatan terakhir’ kepada sekutunya
dalam Pakatan Harapan, PKR supaya menghormati perjanjian pembahagian
kerusi dicapai diantara pemimpin kedua-dua parti di peringkat
kebangsaan.
Dengan hari penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak kurang dari
sehari lagi, DAP Sarawak berkata, ia bersedia untuk bertanding di Batu
Kitang, kerusi diberi kepada PKR, jika parti itu enggan akur dengan
perjanjian berkenaan.
“Hormati perjanjian atau kami akan mengambil Batu Kitang daripada
mereka,” kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kepada wartawan
hari ini.
Chong berkata, Batu Kitang dianggap kerusi selamat untuk DAP tetapi ia
diserah kepada PKR dalam perjanjian dicapai di antara Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmi Ali dua
minggu lalu.
Mengikut perjanjian itu, Lim dan Azmin “bersetuju secara prinsip”
membenarkan PKR bertanding di Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan
Belaga; manakala DAP pula mendapat Senadin, Mulu, Tasik Biru,
Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.
“Jika seseorang itu bermaruah, dia akan berpegang kepada janji. Jika dia
bukan orang bermaruah, tulislah perjanjian sehingga 10 muka surat, ia
tidak bermakna langsung,” jawab Chong apabila diberitahu ‘perjanjian’
berkenaan hanya “pada prinsip” dan mungkin diwajib dipatuhi.
Chong berkata, beliau bertemu dengan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian
kira-kira tiga hari lalu untuk membincang pembahagian kerusi tetapi
gagal mencapai kata akhir.
“Oleh itu, saya menyeru kepada pimpinan negeri PKR supaya mematuhi
perjanjian. Kita tengok sama ada mereka akan meletak calon di kerusi
menjadi rebutan pada hari penamaan calon esok.
“Kami perlu menunggu tindakan mereka,” katanya sambil menambah beliau
berharap Pakatan Harapan bertemu dengan Barisan Nasional pada semua 82
kerusi dipertandingkan pada pilihan raya negeri pada 7 Mei kelak.
Chong yang juga Ahli Parlimen Kuching, bagaimanapun, enggan mendedahkan
nama calon bagi lima kerusi yang masih menjadi perbalahan dengan PKR
itu.
Jumaat lalu, PKR Sarawak mengumumkan senarai 35 calonnya yang akan
bertanding dan berkata lima lagi kerusi – dipercayai Bukit Semuja,
Simanggang, Mambong, Mulu dan Murum – masih dibincang dengan DAP yang
sudah menyatakan ia akan bertanding di 30 kerusi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment