Thursday, May 05, 2016

Abu Sayyaf Dedah Video Saat Ridsdell Dipenggal

PETALING JAYA : Kumpulan militan Abu Sayyaf mendedahkan video seorang mangsa culik warga Kanada, John Ridsdell yang kepalanya dipenggal oleh ahli kumpulan tersebut.
Video berdurasi 52 saat itu memaparkan empat anggota kumpulan tersebut dan Ridsdell berada di dalam hutan.
Tiga ahli kumpulan tersebut dilihat memakai topeng muka manakala individu yang memenggal kepala Ridsdell tampil mendedahkan wajahnya.
Dua daripada mereka memegang mesingan.
Mereka bercakap dalam bahasa Tagalog sebelum memaksa Ridsdell melutut di atas tanah.
Salah seorang anggota militan itu kemudiannya memenggal kepala Ridsdell menggunakan parang.
Ridsdell, 68, bekas eksekutif perlombongan, dipenggal kepalanya pada Isnin oleh kumpulan Abu Sayyaf yang menculiknya bersama dengan tiga tebusan yang lain pada 2015 ketika mereka sedang bercuti di sebuah pulau di Filipina.
Pada minggu lalu, jurucakap tentera Filipina, Mejar Filemon Tan berkata satu mayat tanpa kepala ditemui di atas anak sungai yang telah kering dekat hutan Ridsdell dipercayai dipenggal.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengkritik perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai pembunuhan kejam.
Kumpulan Abu Sayyaf dipercayai menahan beberapa lagi tebusan lain.
Pada November tahun lalu, kepala warga Sarawak Bernanrd Then turut dipenggal kumpulan tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment