Thursday, June 16, 2016
Kecoh Depan Pejabat PAN Kuala Kangsar… Rafizi Tidak Berani Berdepan Pegawai Khas PM
Kata orang berani kerana benar…takut kerana salah.Memang jarang kita boleh tengok keadaan seperti ini.
Ia berlaku disaksikan sebilangan wartawan dan blogger yang berhimpun di
depan pejabat Parti Amanah Negara (PAN) di Jalan Daeng Selili,Kuala
Kangsar Rabu.
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri,Datuk Rizal Mansor terpacak di depan
pejabat itu sejak jam 11 pagi menanti Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli
sampai di situ untuk beri sidang akhbar.
Ahli parlimen Pandan itu dijadual antara lain nak bercakap mengenai isu
jet kerajaan yang dinaiki oleh Datin Seri Rosmah Mansor ke Turki pada
25-27 Mei lalu.
Sebaliknya isteri Perdana Menteri itu bukan pergi makan angin.Beliau
buat lawatan rasmi ke Istambul bagi memenuhi jemputan oleh Cambridge IF
Analytica sempena Global Good Governance Award 2016.
Dalam kempen pilihanraya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Rafizi cuba
putar dan putar isu ini untuk gambarkan ia satu pembaziran.
Rizal selaku pegawai khas yang berkhidmat dengan Rosmah sudah beberapa
kali nafi dakwaan Rafizi dan menjelaskan kedudukan sebenar .
Dan…untuk membuktikan beliau sanggup ‘berdepan’ dengan Rafizi mengenai
isu ini,Rizal datang dari Kuala Lumpur pagi Rabu untuk cuba hadir dalam
sidang akhbar yang dijadual diberi oleh Rafizi di pejabat PAN Kuala
Kangsar jam 12 tengahari.
Sewaktu beliau menunggu di bahagian depan pejabat yang merupakan deretan
rumah kedai itu,calon PAN Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli dan
beberapa orangnya sampai di situ.
Mereka yang pulang dari berkempen mengunakan alat pembesar suara yang
dipasang atas pickup bersama Ahmad Termizi telah menyapa dan bersalam
dengan Rizal serta wartawn dan blogger yang tunggu di situ.
Pada jam 12.37 tengahari Rafizi tiba dengan kereta di situ.
Semua di situ sangka beliau sekurang-kurangnya akan menyapa atau tegur Rizal dan lain-lain.
Anehnya…Rafizi terus meluru untuk naik tangga untuk ke pejabat PAN.
Melihat Setiausaha Agung PKR itu seolah cuba ‘melarikan diri’ Rizal
terus cuba untuk ikut naik ke pejabat PAN bagi menghadiri sidang akhbar.
Kekecohan seketika berlaku di situ bila beberapa budak PAN yang berkawal
memekak tidak benarkan Rizal serta wartawan serta bloggers yang
berkumpul bersamanya naik ke pejabat PAN.
Berlaku jerit menjerit dan tolak menolak antara mereka di situ.
Pintu pagar untuk naik ke tingkat atas ditutup.
Budak-budak PAN berkeras tetap berkeras tidak benarkan Rizal naik.
Akhirnya setelah cubaannya gagal Rizal mengalah dan beredar dari situ.
Ditemui wartawan kemudian,beliau menjelaskan kedatangannya ke pejabat
itu semata-mata untuk dengar dan catat apa yang nak dicakap oleh Rafizi.
Beliau pelik Setiausaha Agung PKR itu tidak berani nak jemputnya hadir
sidang akhbarnya untuk bolehkannya dengar cara berdepan apa beliau
(Rafizi) nak kata.
Kata Rizal beliau datang bukan untuk buat kecoh tapi cuma nak duduk dan dengar.
Menurutnya Rafizi sejak minggu lalu selama tiga hari berturut-turut buat dakwaan terhadap Rosmah.
Beliau cuma nak dengar secara langsung apa Rafizi cakap agar memudahkannya sediakan jawapan.
Sebelum ini apa yang Rafizi cakap cuma tahu menerusi laporan media.
Kata Rizal beliau sedia terima jika Rafizi mahu berjumpa dengannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Wednesday, June 15, 2016
Dewan Ulamak Selangor Nafi Mesyuarat Tolak Rani
SHAH ALAM : Dewan Ulamak Pas Selangor menafikan telah mengadakan satu
mesyuarat tergempar berhubung kehadiran calon parti Islam itu, Dr Abd
Rani Osman ke majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan.
Setiausahanya, Muhammad Najhan Halim berkata, penyebaran paparan skrin fitnah itu telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
“Kami menafikan sekeras-kerasnya mengadakan mesyuarat tergempar
berkenaan kehadiran calon Pas, Dr Rani dalam majlis iftar anjuran
Pakatan Harapan. Sebaran mengenai perkara ini telah dilakukan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi Whatsapp pada petang ini
(semalam),” katanya dalam satu kenyataan.
Paparan skrin itu mendakwa Dewan Ulamak Pas Selangor menarik diri
daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar susulan
kehadirannya pada majlis anjuran Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, Dewan Ulamak Pas Selangor berkata, pihaknya menolak
sekeras-sekerasnya amalan politik fitnah dan sebaran maklumat tanpa
sebarang usul periksa dan tabayyun.
“Dewan Ulamak Pas Selangor akan terus bersama kepimpinan dan jentera Pas bagi memenangi PRK Sg Besar,” katanya.
Tinjauan Sinar Online ke laman Facebook Timbalan Presiden PKR, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali mendapati, beliau memuat naik enam keping gambar
semasa beliau menghadiri program ‘Iftar Perdana Dato’ Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali’ di Sungai Panjang yang turut
dihadiri calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur serta pimpinan
Pakatan Harapan.
Namun, kelihatan juga majlis itu dihadiri Adun Meru, Dr Rani yang merupakan calon Pas dalam PRK Sungai Besar.
Melalui akaun Facebooknya pula, Dr Rani turut memuat naik 14 keping
gambar pada majlis berbuka puasa itu memaklumkan beliau telah dijemput
iftar bersama Azmin Ali.
“Sempat bersembang dengan menteri besar pelbagai isu dan mendapat
tepukan hadirin apabila disebut nama YB Dr Rani oleh Menteri Besar
Selangor,” tulisnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Cakap Saja Bolehlah..... Rafizi : Bukti Calon BN Bukan Pilihan Semua
KUALA KANGSAR : PKR tidak menolak kemungkinan calon BN, Datin Mastura
Mohd Yazid gagal mendapat sokongan penuh daripada pimpinan dan akar umbi
Umno.
Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perkara itu dapat dilihat melalui kenyataan bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari yang tidak gembira dengan pencalonan berkenaan.
"Berita itu mengesahkan desas-desus bahawa pemilihan Datin Mastura sebagai calon BN bukanlah satu keputusan yang disokong mutlak oleh pelbagai peringkat dan sayap Umno.
"Sepanjang tempoh kempen, banyak spekulasi mengenai jentera BN yang tak bekerja sepenuhnya hati dan cuba memboikot parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ramly berasa agak terkilan dengan Mastura yang didakwa bersikap dingin dengannya .
Menurutnya, ada juga spekulasi yang mengaitkan pemilihan Mastura sebagai calon disebabkan mendapat sokongan padu daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
"Apakah benar pencalonan Datin Mastura mendapat dukungan kuat Datin Seri Rosmah Mansor berbanding calon lain, mungkin kerana sama-sama berasal dari Negeri Sembilan," katanya.
Rafizi berkata, pelbagai penafian dibuat oleh sebahagian pimpinan tertinggi Umno untuk menutup perkara berkenaan namun ia seakan dapat dihidu banyak pihak.
"Bila ada pimpinan tertinggi parti tampil ke depan dan membuat penafian terbuka mengenai desas desus itu, kesimpulannya ada masalah serius yang berlaku di peringkat akar umbi," katanya.
Katanya, meskipun mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut berkaitan spekulasi berkenaan namun pihaknya meminta pimpinan BN menjelaskan perkara tersebut.
"Saya tidak ada maklumat lanjut mengenai perkara ini dan ingin mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan-soalan ini kepada pimpinan BN," katanya.

Arul Kanda Perjelas Isu 1MDB Kepada Penjawat Awam Sekinchan
SEKINCHAN : Kumpulan penjawat awam di sini telah diberi penjelasan terperinci berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penerangan disampaikan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB
Arul Kanda Kandasamy dalam majlis Wacana Isu Semasa Negara Bersama
Penjawat Awam di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang di sini, Rabu.
Arul memulakan sesi penerangan kira-kira 20 minit itu dengan
menceritakan latar belakang penubuhan 1MDB, punca masalah dan langkah
yang telah serta sedang diambil untuk menangani masalah yang timbul.
Beliau turut memberi penjelasan kepada tetamu mengenai dakwaan
pembangkang bahawa 1MDB telah menjual semua aset kerajaan sebagai tidak
benar.
Secara ringkasnya Arul menerangkan, selepas menjual aset Edra Global
Energy Berhad, 1MDB masih mempunyai 40 peratus kepentingan di Bandar
Malaysia dan 100 peratus kepentingan di Tun Razak Exchange (TRX), tanah
di Ayer Itam, Pulau Pinang dan di Pulau Indah, Selangor.
"Kami tidak lagi berhutang jangka pendek dengan mana-mana bank di
Malaysia atau luar negara selepas menjual aset Edra dan kita ada lebihan
aset sebanyak RM2.3 bilion.
"Apa yang pembangkang kata kami telah jual semua tanah kerajaan adalah tidak betul," katanya.
Arul berkata, 1MDB kini bukan lagi menjadi isu.
"Pada saya ia bukan lagi satu isu kerana ia adalah hal syarikat yang mengalami masalah dan telah diselesaikan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Mat Goyang Bebbbb!!!! Keahlian 32 Ahli AMANAH Bantah Parti Belum Disemak
SUNGAI BESAR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu
mengakui masih belum menyemak status keahlian 32 ahli parti itu yang
mendakwa mereka hilang kepercayaan terhadap calon Amanah, sebaliknya
menyatakan sokongan terbuka kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti itu tidak
mahu melatah kerana menjelangnya pilihan raya, pasti akan ada ahli-ahli
parti yang keluar dan masuk ke parti lain.
“Kita tak ada masalah sebab ini pengumuman-pengumuman yang biasa sebelum hari pengundian.
“Mungkin, kita akan lihat beberapa hari lagi yang keluar dari Amanah
lebih daripada Amanah (kawasan) Sungai Besar itu sendiri,” katanya
ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di
Sungai Besar.
Beliau memberitahu, sejarah pilihan raya di Terengganu pada tahun 1978
juga pernah membuktikan perkara sama dengan jumlah mereka yang keluar
parti melebihi jumlah sebenar keahlian pada waktu itu.
“Saya masih ingat pada tahun itu yang keluar Pas lebih 17, 000,
sedangkan ahli Pas pada waktu itu tak sampai pun 12, 000 di Terengganu.
Jadi saya anggap ini perkara biasa,” katanya.
Semalam, seramai 31 ahli penaja Amanah Kawasan Sungai Besar beralih arah
menyatakan sokongan secara terbuka kepada Budiman selepas hilang
kepercayaan terhadap calon Amanah, Azhar Ab Shukur.
Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, calon Amanah pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar itu tidak layak dipilih
kerana boleh diibaratkan seperti calon ‘touch and go’ selain bukan
penduduk tempatan apabila bermastautin di Pahang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Muka Yang Tak Tahu Malu...... Mat Sabu Mahu Rani Tarik Diri, Masuk AMANAH
SUNGAI BESAR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu
senada dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengesyorkan supaya
calon Pas, Dr Abdul Rani Osman menarik diri dan memberi laluan kepada
pertandingan satu lawan satu antara Amanah menentang BN.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau sendiri
bersedia untuk menerima Abdul Rani menyertai Amanah kerana yakin calon
Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar itu
tidak mendapat sokongan pengundi.
“Kalau dia (Abdul Rani) bertanding, memang tak boleh menang. Pas tak boleh menang bersendirian.
“Saya terbuka untuk terima beliau untuk sertai Pakatan Harapan..tak
kisahlah dia nak masuk Amanah ke, PKR ke, atau DAP pun boleh,” katanya
ketika diminta mengulas pelawaan Kit Siang kepada Abdul Rani menyertai
Pakatan Harapan.
Ditanya, adakah Amanah sanggup menarik diri dan memberi laluan kepada
Pas memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi parti itu, Mat
Sabu menegaskan Amanah tidak mahu ‘toleh ke belakang’, sebaliknya mereka
sedang berjuang untuk mencapai kemenangan.
“Kami nak menang. Amanah mesti menang. Orang Umno pun nak undi Amanah.
“Tak ada sebab kenapa Amanah perlu tarik diri. Sepatutnya Pas yang kena tarik diri, sebab mereka kurang sokongan,” katanya.
Malah, Mat Sabu berkata, hasil tinjauan yang dijalankan badan-badan
bebas terhadap pengundi di PRK Parlimen itu membuktikan bahawa Amanah
sedang mendahului BN, manakala Pas pula jauh ketinggalan.
Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mendakwa hasil
beberapa tinjauan terhadap pengundi menyaksikan mereka memilih sama ada
BN atau Parti Amanah Negara (Amanah) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar,
18 Jun ini.
Beliau berkata, persaingan sengit sedang berlaku antara BN dan Amanah, manakala Pas jauh di belakang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Lawak… Melihat Azmin ‘Potong Korner’ Di Sungai Besar
Mungkin ada yang tidak tahu…dalam politik ada istilah ‘potong
korner’.Ini untuk yang bijak mencelah masuk bikin gempar curi perhatian
setelah setelah lama ‘ tertinggal bas’.
Petang Selasa Timbalan Presiden PKR @ Menteri Besar Selangor Datuk Seri
Azmin Ali menjadi tumpuan wartawan dan jurugambar ketika muncul untuk
hadir Majlis Iftar Perdana anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Parit
16, Sungai Panjang,Sungai Besar.
Apa yang nampak menarik dari sudut berita ialah ini kali pertama beliau
jejak kaki ke kawasan tengah hangat kempen pilihanraya kecil di negeri
yang ditabirnya itu sejak muncul tunjuk muka di pusat penamaan calon
pada hari penamaan calon pada 5 Jun lalu.
Jangan lupa beliau beliau tidak hadir masa pengumuman nama calon Parti
Amanah Negara (PAN) Azhar Abdul Shukur yang akan bertanding di Sungai
Besar.
Alasan yang diberi oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail
ialah Azmin sebagai Menteri Besar kena ‘ jaga keharmonian’ dalam
pentabiran negeri.
Ini ada kaitan dengan kedudukan PAS dengan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk tiga Exco masih dalam pentabiran negeri itu.
Senario dalam congak politik di Selangor nampak tunggang terbalik gara-gara isu pilihanraya kecil di Sungai Besar.
Fokusnya tentulah Azmin nak letak kaki di sebelah mana pada PAN atau PAS
yang telah mendokong lantikan beliau sebagai Menteri Besar semasa
krisis ‘ Langkah Kajang’ tidak lama dulu.
Malah cacamarba ini telah mendorong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak yang turun padang kempen di Sungai Besar cabar kerajaan negeri
Selangor pimpinan Azmin isytihar pendirian sokong PAN atau PAS.
Sebelum itu semua orang tahu cerita Azmin gagal dalam misinya nak pujuk
PAS agar terima formula bertanding satu…satu yakni satu PAS di Kuala
Kangsar dan satu Pakatan di Sungai Besar.
Cerita yang hangat berlegar ialah PKR yang asalnya hendk bertanding di
Sungai Besar bukannya PAN …jika PAS terima formula yang diajukan.
Satu dunia tahu PAS bukan saja tolak mentah-mentah hajat Pakatan itu malah tidak mahu berunding langsung.
Maka pada hari penamaan calon kita menyaksikan PAS bertanding di Sungai
Besar dan Kuala Kangsar dan PAN juga letak calon di dua tempat itu.
Juga jangan lupa..al kisahnya sewaktu kehangatan rundingan dengan
PAS…Azmin dikatakan sudah set nak berkampong di Sungai Besar sepanjang
kempen jika PKR bertanding.
Awal lagi beliau diihat tunjuk muka di kawasan pasar malam di Sungai Besar dengan berkain pelikat berbaju Melayu.
Sebab itu agak melucukan bila Azmin tampil dengan senyum simpul berucap
di majlis iftar di Sungai Panjang kata beliau tidak perlu 'beriya-iya'
untuk berkempen di kawasan itu.
Beliau memberi alasan, kerajaan Selangor telah banyak menabur jasa
kepada rakyat kawasan itu sejak memegang tampuk pentadbiran negeri mulai
tahun 2008 malah kerja keras tidak mesti dilakukan tatkakala menjelang
pilihan raya saja.
Memperteguhkan lagi alasannya, Azmin berkata beliau juga mesti
menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah bersama rakyat hampir setiap hari sejak 1 Ramadan.
"Disebabkan saya tidak turun berkempen, ramai bertanya, mana pergi Azmin? Maknanya dia tak sokong calon Pakatan Harapan?
"Saya tak perlu pulun sebab kita telah kerja sepanjang masa," katanya.
Ini membuatkan ada yang bertanya kalau sebelah petang dan malam tidak
boleh turun kerana majlis berbuka puasa...kenapa tidak boleh muncul pada
sebelah siang hari.
Mengulas mengenai calon Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil itu,
Azmin akhirnya ambil jalan selamat melafazkan sendiri sokongannya kepada
calon PAN, Azhar Abdul Shukur dan mengucapkan selamat maju jaya kepada
calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.
Terdahulu, Abdul Rani juga mencuri perhatian bila hadir pada majlis berkenaan.
ADUN PAS Meru itu dakwa beliau sengaja 'menerjah' program tersebut sebagai rakyat biasa untuk bertemu Menteri Besar.
“Saya datang sebagai rakyat yang nak bertemu Menteri Besar, tak salahkan?,” katanya
Apapun, kehadiran Abdul Rani dikatakan telah mencetuskan kontroversi
sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa Dewan Ulama PAS
Selangor terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu
kehadiran beliau di majlis berkenaan.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut.
Apapun melihat jalan cerita kisah Azmin dalam konteks pilihanraya kecil
Sungai Besar adalah tidak menghairankan pertemuan Menteri Besar itu
dengan Azhar dan kemuculan mengejut Abdul Rani di Sungau Panjang
diselubungi oleh senyum tawa dan tepuk tampar ‘politik’ untuk menutup
bara dibawah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Buruknya Perangai !!!! Isu RM2.6 Bilion, GST Dipolitikkan, Tiada Kaitan 1MDB - Arul Kanda
SEKINCHAN : Isu RM2.6 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad, tegas Arul
Kanda Kandasamy.
Jelas Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB itu, isu-isu berkenaan telah dipolitikkan.
"Secara ringkasnya GST bukan untuk menampung hutang 1MDB. Aset 1MDB sentiasa melebihi hutangnya.
"Isu GST ni sebenarnya telah dipolitikkan, ia diwujudkan untuk menukar
cara percukaian di Malaysia dan tiada kena-mengena dengan 1MDB,"
katanya.
Beliau menjawab soalan salah seorang penjawat awam yang hadir ke majlis
Wacana Isu Semasa Negara Bersama Penjawat Awam di sini, Rabu.
Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Arul Kanda menjelaskan, 1MDB telah membuat keputusan besar dengan
menjual aset Edra Global Energy Bhd dan kini syarikat itu telah membayar
lebih RM7 bilion hutangnya.
Katanya, bagaimanapun kini 1MDB mempunyai lebihan dana sebanyak RM2.3 bilion.
Arul Kanda turut ditanya sama ada isu derma RM2.6 bilion mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Kepada soalan ini, beliau turut menegaskan ia tidak mempunyai sebarang perkaitan.
Malah katanya, penelitian dan siasatan terperinci yang dibuat oleh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga tidak dapat membuktikan
perkaitan ini.
"Saya boleh katakan secara terang dan jelas tak ada dana 1MDB yang telah
dibayar ke akaun peribadi perdana menteri. Ini fakta, bukan pendapat.
"Jika kita lihat penelitian PAC dan Laporan Ketua Audit Negara, tak ada
sebarang bukti bahawa terdapat dana dari 1MDB dibayar ke akaun peribadi
perdana menteri," katanya.
Sementara itu, penganjur majlis menafikan wacana ini diadakan sempena pilihan raya kecil di Sungai Besar.
Katanya, majlis ini telah dirancang lebih awal tetapi sering tertangguh sehinggalah ia ditetapkan pada hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Veteran UMNO Kritik Tun Mahathir
SHAH ALAM : Veteran Umno mengkritik cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad mempergunakan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi
merealisasikan impiannya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, biar apa pun usaha Mahathir dengan menyokong Amanah dalam kedua-dua PRK ini, ia tidak akan menjejaskan sokongan kepada BN.
“Pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah dapat menilai siapa betul siapa salah. Pada akhirnya pengundi akan tetap memilih BN bukan kerana Najib, tetapi kerana BN.
“Beliau memilih pentas Amanah yang didokong DAP dan bukannya Pas. Malah, beliau seolah-olah yakin Amanah akan menang di kedua-dua PRK itu,” katanya.
Mustapha berkata, meskipun Mahathir berasa berjaya memperalatkan Amanah dan DAP namun, tanpa disedari dirinya juga sedang diperkudakan oleh kedua-dua parti daripada blok pembangkang itu.
“Mahathir bukan lagi ahli Umno jadi beliau bebas untuk berkempen dengan mana-mana pihak atau secara sendirian untuk menentang BN. Semua orang tahu matlamat beliau ialah untuk menjatuhkan Najib dengan alasan menyelamatkan negara.
“Bagi Mahathir, selagi Najib tidak dapat dijatuhkan olehnya, beliau akan berbuat apa saja. Selagi hasratnya tidak berjaya, Najib akan tetap menjadi sasarannya. Beliau berjaya menjatuhkan Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan siri kejayaan itu menjadikan beliau tercabar apabila Najib gagal dijatuhkan setelah pelbagai usaha dilakukan,” katanya.
Menurutnya, amat sukar mempercayai Mahathir sanggup bersama DAP yang selama ini dibencinya, tetapi sekarang beliau berbuat begitu untuk mencapai matlamatnya.
“Beliau rela dihina pemimpin pembangkang asalkan Najib dijatuhkan, matlamatnya menghalalkan caranya. Beliau terdesak mendapat sokongan pembangkang dan berharap kedua-dua PRK itu akan dimenangi pembangkang,” katanya.

Menteri Besar Selangor Bacul Akibat tekanan Dari DAP
Akibat dari tekanan dan desakan DAP agar MB Selangor singkirkan PAS
Kerajaan Selangor, kini bunga-bunga perpecahan jelas kelihatan. MB Selangor
sokongan penuh terhadap calon AMANAH dalam PRK Sungai Besar.
Kacang lupakan kulit.. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah hasil dari kekuatan PAS.
KINI PAS CUBA DIPINGGIRKAN. SAYA BEHARAP PRU14 NANTI PEMBANGKANG yang diteraju PKR, AMANAH ADAN DAP AKAN BERKUBUR DAN MAMPUS.
" INI KALI SAJA LAH KAU AZMIN... ".
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Kepada Bangsaku Melayu Atas Kesedaran Buat Bangsaku Melayu Sama-Samalah Kita Viralkan Info Ini...
Sebetulnya DAPig ini adalah komunis alaf baru yang menyerang tanpa menggunakan senjata...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Azmin Nyata Pendirian Sokong Amanah
SUNGAI PANJANG : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
menyatakan secara jelas menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah),
Azhar Ab Shukur sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Beliau memberitahu ketokohan yang ada pada Azhar mampu membawa suara rakyat yang cukup besar di dalam Parlimen.
Malah katanya, latar belakang dan kredibiliti Azhar mampu mengangkat
martabat rakyat Parlimen itu untuk diketengahkan di Dewan Rakyat.
"Saya dah berbincang panjang..saya nyatakan sokongan penuh kepada calon
Amanah yang mewakili Pakatan Harapan," katanya ketika berucap pada
Program Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang
hari ini.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin turut menasihati Adun Meru, Dr Rani Osman agar tidak bersedih.
"Kita sahabat dalam Dun. Beliau (Abdul Rani) juga banyak beri sokongan
pada dasar kerajaan sejak 2008 untuk menjayakan program yang akan dan
telah dilaksanakan.
"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama dalam kerajaan negeri dan
bertekad menentang kezaliman BN di Putrajaya tanpa mengira latar
belakang politik,"katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Tony Tua Patut Bersekolah Di Sekolah Kebangsaan !! Mulut Kenalah Jaga Baik Baik
Isu papan tanda Cina Babi yang kononnya disebut oleh Dato Jamal Yunus
merangkap Ketua UMNO Bahagian Sg Besar yang telah dinaikkan oleh Dap
pada minggu lalu kini memasuki episod seterusnya. Dap cuba mempolemikkan
fitnah berkenaan dengan membuat sidang akhbar hari ini kununnya
mempamerkan bukti video bahawa secara jelas bahawa Datuk Jamal telah
menggelar bangsa cina dengan cina babi.
Video berkenaan menunjukkan segelintir orng dari kumpulan baju merah
yang pernah membuat perhimpunan pada masa lalu telah memanggil cina
babi hasil sentimen yang perkauman yg meluap2 akibat mereka tercabar
dengan sikap caunavis dap sebelum ini. Pada waktu itu jelas bukan sahaja
perkataan itu tidak diucapkan oleh Datuk Jamal malah Datuk Jamal
sendiri tiada di situ dan diluar pengetahuan beliau.
Kemudian ianya telah diulas oleh Datuk Jamal dalam satu sidang media
apabila ditanya oleh wartawan tentang hal itu. Datuk Jamal menyatakan
tidak mengetahui perkara ataupun video berkenaan dan beliau tidak tahu
menahu mengenai soal itu.
Datuk Jamal mengatakan bahawa perkataan babi adalah sensitif bagi orang
melayu kerana haram dan tidak bagi orang cina kerana babi adalah makanan
buat mereka. Sememangnya benar dan wajar dap tak perlu sensitif dengan
babi kerana walaupun binatang itu kotor dari fakta sains ia tetap lazat
bagi mereka. Jelas kali kedua apabila Tony Pua memainkan semula video
berkenaan dan cuba menyakinkan mereka yg berada disidang akbar
berkenaan bahawa Datuk Jamal mengatakan bahawa cina babi sedangkan
beliau hanya highlightkan perkataan makanan disitu. Takkan sensitif
dengan makanan sendiri itu dimasudkan oleh Datuk Jamal. Lagi pun jika
kesensitifan babi bagi orang melayu ini pun memang sesuai dipadankan
dengan sikap Dap..
Tony sepatutnya ulang berlajar bersekolah di sekolah kebangsaan agar
dapat belajar semula dan mendalami Bahasa Melayu yg mudah ini. Elok
benar jika pakar putar alam Dap ini menggunakan masa berkempen dlm
#prksungaibesar mencari kembali telurnya yg hilang mungkin dimakan oleh
babi apabila berdolak dalih isu debat 1MDB dengan Arul Kanda yang lalu
bukannya memutar belitkan kenyataan orang lain semata2 mengharapkan
sokongan kaum cina pada calon harapan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Kering Idea Nak Tabur Fitnah Dalam Kempen... Rafizi Main Ugut Pulak !
Ketika berceramah pada 9 Jun lalu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen
Pandan, didakwa menggunakan perkataan 'bom atom' untuk menghancurkan
Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya Parti Amanah Negara
memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Kalau mennag nak hancurkan parti lain nak musnahkan pemimpin...budaya apa ni?Kalau orang macam ni perintah negara?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Beri Kepercayaan Dalam Bentuk Undi Kepada Datin Mastura !!
Semalam Datin Mastura ada menyebut bahawa beliau akan meneruskan agenda
memperkasa kehidupan wanita di Kuala Kangsar dengan menitik beratkan
aspek menaiktaraf ekonomi wanita, menjana pendapatan wanita termasuk
pesara wanita. Beliau mahu meletakkan wanita Kuala Kangsar di satu
kedudukan yang tinggi dan boleh dibanggakan.
Hebatnya wanita tabah ini...menjadi seperti lilin sanggup membakar diri demi menerangi hidup masyarakat Kuala Kangsar.
Hargai kehadiran Datin Mastura dengan memenangkan beliau sebagai Wakil Rakyat Barisan Nasional Kuala Kangsar!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Ahli PAN Keluar Parti... Apa Hal Pulak ni
Ahli parti PAN hilang kepercayaan kepada calon.Seru undi calon BN, Saudara Budiman. Alasan mereka logik..KAMI NAK CALON TEMPATAN YANG TINGGAL BERSAMA PENGUNDI BUKAN TINGGAL DI HOTEL.
Seramai 32 ahli Parti Amanah Negara cawangan Sungai Besar beralih arah
menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN),
Budiman Mohd Zohdi selepas hilang kepercayaan kepada calon parti itu.
Wakilnya, Mohd Sapigni Tulus, berkata calon parti serpihan itu, Azhar
Abdul Shukur tidak layak dipilih kerana boleh diibaratkan seperti calon
'touch and go' selain bukan penduduk tempatan apabila bermastautin di
Pahang.
Katanya, jika Azhar menang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, beliau
hanya akan turun kawasan setiap dua bulan, sekali gus tidak mampu
membawa agenda pembangunan atau pembaharuan dari segi ekonomi dan
sosial. "Sehubungan itu, saya merayu kepada semua pengundi supaya
menolak Azhar yang pandai bersandiwara dan pasti akan mengutamakan
kepentingan peribadi jika menang nanti.
"Sebaliknya pilihlah Budiman
yang terserlah sentiasa membantu merealisasikan impian rakyat.
Pilihlah
calon yang sentiasa berada dan tinggal bersama rakyat, bukan calon yang
tinggal di hotel," katanya yang merujuk kepada Azhar yang menginap di
salah sebuah hotel di pekan di sini. ciri-ciri dan tindak tanduk yang
bongkak, sombong dan angkuh. "Sejak beliau merampas kepemimpinan parti
cawangan Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin terdahulu yang
menghidupkan parti itu sudah disingkirkan," katanya.
Ditanya adakah
beliau dan rakannya yang lain akan keluar dari parti berkenaan, beliau
berkata mereka akan terus kekal di dalam parti itu. "Kita tiada
perancangan untuk keluar parti. Sebarang keputusan bergantung kepada
situasi," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Azmin Tak Tahu Ada 'Surat Kedua Anwar' Dari Penjara
SUNGAI BESAR : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali mengakui tidak tahu mengenai ‘surat kedua Anwar dari
penjara’.
Surat itu didakwa disampaikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mad Akin.
“Saya tak tahu mengenai perkara tersebut, saya tak pasti sebab saya belum lihat laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini, Selasa.
Azmin berkata demikian sebagai menjawab laporan media bahawa Shamsul Iskandar dikatakan menerima surat peribadi itu kerana sejak akhir-akhir ini kerap berhubung dengan bekas Or Menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad atas urusan Deklarasi Rakyat.
Bagaimanapun Azmin berkata, Anwar masih memainkan peranan penting dalam memastikan perjuangan parti itu dapat diteruskan.
Katanya, sebagai ketua umum, Anwar masih menjadi rujukan paling utama dalam agenda reformasi PKR dan segala nasihatnya amat dihargai.
“Perkara yang sama telah dinyatakan Anwar dalam surat pertamanya justeru ia bukanlah suatu isu besar,” katanya.
Azmin berkata, walaupun Anwar, melalui surat pertamanya dari penjara telah memberi amaran kepada beberapa pimpinan tertinggi parti supaya ‘berhati-hati’ dengan Dr Mahathir berkaitan Deklarasi Rakyat, ia tidak bermaksud berlakunya perpecahan dalam parti itu.
“Saya rasa tiada perpecahan, beliau memberi nasihat dari masa ke semasa. Selama ini pun beliau sering beri kenyataan dan nasihat kepada parti dan kepimpinan.
“Semestinya kami menghargai nasihatnya kepada parti dan ia harus menjadi garis panduan dalam memastikan kami terus menumpukan agenda reformasi bagi mengukuhkan parti,” katanya.
Tambahnya, parti itu juga akan terus menyokong Deklarasi Rakyat sambil memastikan ia mesti memberi fokus kepada agenda reformasi sebagai teras perjuangan parti.

Macam Tu Sekali Ke !!!! DAP Sanggup Sewa Bas Untuk Bawa Balik Pengundi Luar
Berpuluh-puluh bas disewa oleh DAP untuk membawa balik lebih kurang
7,000 pengundi luar yang mana dari jumlah itu 4,000 adalah dari kaum
Cina.
Sehubungan dengan itu, DAP berharap pengundi Sungai Besar yang tinggal
di luar kawasan Parlimen itu akan pulang mengundi pada pilihan raya
kecil (PRK) Sabtu ini bagi memastikan kemenangan calon Parti Amanah
Nasional (PAN).
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata kebimbangan besar pembangkang adalah bilangan pengundi luar tidak pulang untuk mengundi.
“Kebimbangan besar adalah bilangan pengundi kurang mengundi. Kerana kita
hanya mampu mencapai 88% sahaja pada pilihan raya umum lalu.
“Bukan mudah untuk mencapai bilangan pengundi yang tinggi memandangkan
ini hanyalah pilihan raya kecil (PRK),” katanya di sidang media di
Pejabat DAP Sekinchan, hari ini.
Kit Siang berkata akan menjadi satu “keajaiban” sekiranya pengundi luar pulang mengundi dan memilih pembangkang.
Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata bilangan
pengundi luar yang datang mengundi akan menentukan keputusan pilihan
raya ini.
“Sama ada kita akan mencapai matlamat dan melakukan kejutan semuanya bergantung kepada berapa ramai yang pulang nanti,” katanya.
Ujarnya, DAP sendiri mengerahkan jentera menyakinkan pengundi agar pulang untuk mengundi.
“Kita juga telah menyewa bas bagi membolehkan pengundi di luar kawasan seperti di Singapura pulang.
“Selain itu, kita juga menyebarkan ia melalui media. Setakat ini kita mendapat maklum balas yang positif,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob
menggesa pengundi luar Parlimen Sungai Besar digesa balik mengundi pada
18 Jun ini dan memilih calon yang benar-benar mampu membela nasib mereka
selain meneruskan pembangunan di kawasan berkenaan.
Ismail Sabri yang membuat gesaan itu berkata anak jati Sungai Besar yang
tinggal di luar kawasan diharap dapat menunaikan tanggungjawab mereka
kerana setiap undi amat penting.
"Sungai Besar tidak jauh pun, jika ada mana-mana pengundi yang berada di
Kuala Lumpur, atau sekitar Semenanjung, saya saran kalau boleh balik
lah mengundi.
"Adalah diharapkan juga, pengundi-pengundi di Sungai Besar dapat
memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana calon yang dipilih
parti amat tepat dengan keinginan setempat," katanya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu yang ditemui ketika turun
padang membantu calon BN, Budiman Mohd Zohdi untuk berkempen,
menyifatkan anak jati Sungai Besar sebagai individu paling layak
meneruskan legasi parti di Sungai Besar.
Malah, katanya keterampilan Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Sungai Panjang, satu daripada DUN di bawah Parlimen Sungai
Besar, telah menunjukkan prestasi yang baik sejak berkhidmat tiga tahun
lepas, selain disenangi semua golongan termasuk pengundi bukan Melayu.
"Beliau (Budiman) punyai 'track record' yang baik di kawasannya malah
bila diumum namanya sebagai calon, kita boleh lihat mood menjadi berbeza
kerana beliau diterima semua. "Apa yang penting, sambutan baik perlu
diterjemahkan dengan beri undi kepada BN pada 18 Jun nanti," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Posts (Atom)